Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Hilang Naluri (Bahagian Pertama)

"Encik Azlan suka tak dengan rumah ni?", Rania bersuara tatkala melihat Azlan menuruni anak tangga. Dia benar-benar berharap agar Azlan bersetuju untuk membeli rumah tersebut. Azlan tidak menjawab, dia sekadar menggelengkan kepalanya. "Tapi Encik Azlan, rumah ni memenuhi semua kriteria yang Encik Azlan hendakkan, ada 6 bilik tidur, 4 tandas, walk-in closet, open kitchen ,  fully furnished , halaman rumah yang luas dan kolam renang. Kalau Encik Azlan beli rumah ni, Encik Azlan boleh pindah terus. Apa lagi yang tak cukup? Apa yang Encik Azlan nak lagi?" Rania mengeluh. Masuk rumah yang ni, dah 6 rumah Azlan tengok namun belum ada satu rumah pun yang berjaya menawan hati beliau. Sebenarnya Rania tidak berniat pun untuk berkata sebegitu kepada Azlan, cuma hari ini dia letih sedikit dan lapar akibat tidak sempat makan tengahari. "Rania, rumah ini memang cukup sempurna tapi saya nak tengok lagi banyak rumah sebelum membuat keputusan. Boleh kan?". Rania t...

Wishlists 2013 yang belum tercapai

Cepatnya masa berlalu, sekarang dah pun masuk bulan Julai. Ada baki 6 bulan lagi sebelum tamatnya tahun 2013. Semasa New Year hari tu, beriya-iya sangat buat wishlists 2013. Hari ini bila tengok balik, erm... baru 30% hasrat yang telah tercapai, huhu... Time tahun baru semangat berkobar-kobar kannn, buat senarai azam 2013 panjang berjela-jela, tak cukup dua keping kertas A4, siap angkat tangan lagi minta ekstra kertas dari pengawas peperiksaan. Eh? Haha... Tak apa zila, ada 6 bulan lagi untuk merealisasikan impian dan hasrat anda. Antara wishlists yang belum tercapai adalah.... (yang ini wishlists yang saya nak kongsi sahaja, dalam 1/16 daripada wishlists sebenar) 1. Nak beli kamera yang canggih jadi kalau keluar berjalan-jalan, boleh snap gambar banyak-banyak. Kualiti gambar pun bagus. Tak macam sekarang, ambil gambar kena edit dulu (highlight, fill light, sharpen etc) baru boleh upload. 2. Nak daki gunung kinabalu. Kenapa? Sebab kawan-kawan dari semenanjung asyik tanya...

5 Perkara menarik Filem Badges of Fury

Filem baru arahan Wang Zi Ming iaitu filem Badges of Fury merupakan filem ketiga gandingan pelakon aksi veteran, Jet Li dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Wen Zhang. Ia merupakan filem aksi komedi yang sangat menghiburkan. Terima kasih kepada Erakk.fm kerana memberi saya peluang menonton filem ini dengan memberi saya 4 tiket percuma semalam. Dengan itu saya ingin senaraikan 5 perkara menarik mengenai filem ini sebagai review pendek untuk anda. #1 Lelaki seksi pakai skirt Pernah tengok lelaki sejati dan lurus nampak seksi pakai skirt pendek? Jarangkan. Selalu kalau yang pakai macam tu mak-mak nyah semuanya, hehe.  Dahlah pakai skirt pendek, boleh berlawan  dan kejar penjenayah, siap terbang-terbang lagi. Anda pasti suka melihat scene si polis berskirt pendek berlawan dengan penjenayah. #2 Mati katak mayat tersenyum Dalam filem ni, mereka tengah menyiasat kes kematian misteri beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan. Ini kerana semua mayat ...

5 Fakta Azila Awang dan lagu

Dah hampir 2 tahun blog ni wujud tapi saya tak pernah memperkenalkan diri kepada pengunjung yang datang ke blog ni kan kan. (Ada ke yang baca blog ni?) *Terbatuk* Okay, anyway, ini serba-sedikit mengenai saya yang anda mungkin tak tahu or tak nak ambik tahu.    #1 Saya suka jadi pengkritik persembahan orang dekat youtube Setiap kali ada lagu baru keluar, saya akan taip dekat youtube search, cari video orang-orang yang buat cover untuk lagu baru. Lepas tu, saya tengok, then saya rate I like or dislike lepas tu saya pun bagilah kritikan dekat bawah tu. Haha... Pelik? Eleh jangan tipu, korang pun pernah buat kan. Tapi kritikan yang saya bagi tak adalah harsh sangat, kritikan positif dan ayat-ayat pun manis-manis okay. (Hidung jadi panjang sebab menipu, ehehehe).   #2 Saya appreciate muzik video dengan jalan cerita yang best Salah satu sebab saya suka sangat dengan muzik video lagu korea bukan sebab lagu diorang best sangat tetapi muzik v...

Rindu dan kenangan

  Setiap orang punya seseorang yang dia rindu. Perasaan rindu itu kadang-kadang tersangatlah menyeksakan kerana kita masih belum mampu melupakan kenangan yang kita lakar bersama orang yang dirindui itu. Lagi memeritkan jikalau kita merindui orang yang telah pergi. Setiap kali kita pejamkan mata, kita teringatkan kali pertama dia tersenyum tatkala pipinya dicubit manja. Setiap kali terdengarkan lagu kegemarannya, kita pun terdengar sekali suaranya sayup-sayup menyanyikan lagu tersebut di telinga kita. Apabila kita bangun dari tidur setiap pagi, kita selalu berharap kita menerima sms ucapan selamat pagi daripadanya. Bila malam pula, kita cuba mengimbas semua kenangan bersamanya dengan harapan kita bermimpi ketemukan dirinya. Hampa! Orang dah pergi. Yang mati tak akan kembali. Jangan menyesakkan jiwa dengan kenangan yang indah kerana semua itu hanya akan membuat kita terluka. Lupakanlah semua kenangan... Lepaskanlah dia pergi... Berharaplah semoga esok, perasaan rindu i...

Belajar dari kasut?

Tahukah anda, kasut boleh dijadikan sebagai inspirasi atau motivasi dalam hidup kita. Dalam post ini, saya akan sertakan 5 petikan (quotes) mengenai kasut untuk anda semua sebagai renungan kita bersama. "I still have my feet on the ground, i just wear better shoes." - Oprah Winfrey "Kaki saya masih lagi berdiri di atas tanah, saya hanya memakai kasut yang lebih baik". Petikan ini menyatakan bahawa, walaupun seseorang itu telah berjaya atau telah menjadi kaya-raya, dia masih mengekalkan sikap merendah diri dan tidak lupa akan asal usulnya. Apa yang berbeza hanya pada luarannya sahaja dan dia masih lagi individu yang sama seperti sebelumnya.  "For women, shoes are the most important. Good shoes take you to good places." - Seo Min Hyun "Bagi wanita, kasut adalah yang paling penting. Kasut yang baik akan membawa anda ke tempat-tempat yang baik". Petikan ini adalah berasal dari dialog drama korea "Boys over flower". Kasut dii...

#2 Saya bukan orang yang anti perokok

Saya mengaku saya tak suka kepada orang yang merokok tak kira lelaki atau perempuan, lagi-lagi kalau mereka merokok lepas tu hembus asap rokok dekat muka saya. Saya tak suka sebab nanti rambut dan baju saya berbau rokok. Sebab lain juga bila orang merokok depan saya, orang itu membahayakan kesihatan saya. Akan tetapi setiap kali orang merokok depan saya, saya tidak berani nak tegur suruh merokok jauh-jauh. Kalau saya boleh jauhkan diri dari orang tersebut, tidak mengapa, saya akan berbuat demikian. Inin, tengah buat perbincangan, orang tu boleh pula dengan selamba badak merokok depan saya siap hembuskan asap dekat muka. Memang rasa nak mengamuk tetapi saya tak pula mengamuk sebab kononnya nak jadi profesional kan. Why zila? Kenapa ko tak cakap je dekat orang tu, sila merokok dekat luar. Grrr.... Kalau orang nak merokok, saya tak kisah, orang tu merokoklah tetapi please saya mohon supaya orang tu merokok jauh dari saya. Kalau dekat kedai yang kena tampal sign jangan merokok, janganl...

Pasangan hidup dan kereta

Anda telah menginjak usia yang matang tetapi anda masih lagi forever alone ,  keseorangan , kesepian , belum menemui pasangan hidup. Sepanjang anda berteman a.k.a ber-couple, anda telah banyak kali putus cinta atas sebab kehadiran orang ketiga, cinta semakin pudar, tidak sehaluan, halangan dari keluarga dan macam-macam lagi. Ibaratnya kalau berteman itu seperti anda memandu kereta, sepanjang perjalanan anda telah banyak kali menekan break sampai tayar kereta pun makin licin.  Persoalannya, perlukah anda pecut untuk sampai ke destinasi yakni mendirikan rumah tangga atas sebab umur anda semakin meningkat, rakan-rakan anda semua telah berkahwin, desakan bertubi-tubi (amboi melampau pula bertubi-tubi) dari orang tua anda, tidak tahan dengan soalan panas pasal kahwin dari saudara-mara dan sahabat handai. Pada pandangan saya, tidak perlu nak memecut kerana tindakan itu pasti akan membuatkan anda menekan break lagi. Itu pun kalau sempat tekan break, kalau tak sempat, a...

Wanita Itu

Wanita itu, Yang membesarkan mu, Mendidik mu, Dengan penuh sabar dan tabah, Supaya kamu menjadi gagah, Dalam menempuh hidup yang penuh ujian, cabaran dan masalah. Wanita itu, Yang selalu mengusap air mata mu,  Menghilangkan duka mu, Selalu tanpa jemu. Wanita itu, Tidak pernah kenal erti lelah, Bersabar dengan semua karenah, Hanya untuk kamu. Ibu, Dialah wanita itu, Yang kita semua puja, Yang senantiasa bertakhta dalam sanubari kita. Selamat Hari Ibu. Ps: Saya sayang mama saya, puan Nur Aini Abdullah. :)

7 lagu romantik untuk hari perkahwinan (part 1)

Setiap pasangan idamkan lagu yang romantis di hari bahagia mereka. Berikut merupakan lagu-lagu romantik untuk memeriahkan hari perkahwinan anda. 1. Hingga Akhir Waktu - Tysha Tiar  2. Begitu Indah - Gaby 3. Getar Hati - Gio 4. Karena Ku Cinta Kau - Bunga Citra Lestari 5. Kau Di Mindaku - Janice and the Supertank 6. Karena Kamu Cuma Satu - Naif 7. Terukir di Bintang - Yuna   Nota: Lagu-lagu yang disenaraikan ini hanyalah pilihan peribadi saya. Kepada bakal suami boleh tak nak request semua lagu ni di mainkan sepanjang majlis perkahwinan kita nanti. Please~

#1 Saya seorang yang suka pendam perasaan

Ini merupakan surat pertama untuk diri sendiri sebagai proses untuk berubah menjadi seorang yang berani. Berani untuk menyuarakan pendapat sendiri, berani untuk meluahkan perasaan sendiri dan berani untuk mengekspresikan diri supaya lepas ni tak mahulah asyik pendam-pendam perasaan. Saya mengaku saya seorang yang sering memendam perasaan gara-gara nak jaga hati dan perasaan orang lain. Tetapi, bila saya dah tak tahan kerana perasaan-perasaan yang terbuku dalam hati dah membuak-buak nak keluar, saya pun luahlah apa yang saya rasa dekat orang yang berkenaan (orang yang pada awalnya saya nak jaga perasaan diorang). Akibatnya, diorang pun terluka dan sakit hati dengan saya kerana tidak berterus-terang dari awal. Jadi macam pointless pula niat saya nak jaga hati orang sebab hujung-hujung saya sakitkan hati diorang lagi teruk. Lepas tu saya sedar, kalau tak puas hati, tidak setuju dengan apa yang orang buat dekat kita, kita kena cakap dekat diorang supaya diorang sedar dan diorang tahu apa ...

7 Sebab Kenapa Perempuan Harus Tinggalkan Kekasihnya

Kekasih masih mencintai bekas kekasih Jikalau kekasih anda masih berhubung dengan bekas kekasihnya sebagai kawan, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada perhubungan anda dengan kekasih. Masalah hanya akan timbul jikalau kekasih anda masih mencintai bekas kekasihnya. Simptom utama yang menunjukkan kekasih anda masih mencintai bekas kekasih adalah kekasih anda sanggup berbuat apa sahaja jikalau bekas kekasihnya perlukan pertolongan tanpa mengira waktu dan tempat. Sebagai contoh, kekasih anda sanggup meninggalkan anda keseorangan ketika anda berdua sepatutnya makan malam bersama kerana kereta bekas kekasihnya rosak ataupun kekasih anda lebih rela menghantar bekas kekasihnya pulang selepas waktu bekerja dan menyuruh anda menaiki teksi sahaja pulang dari kerja. Bagi anda yang penyabar, anda akan cuba sedaya upaya untuk memahami bahawa kekasihnya hanya berniat baik dan hanya ingin menolong bekas kekasih tetapi berhati-hatilah kerana anda mungkin akan terluka jikalau kekasih anda ingin ...

-Perpisahan Terakhir- (Jay)

Aku hanya mampu memandang sayu wajah Nana yang berdiri di hadapanku dengan troli pakaian. Hati ku terguris melihat gadis itu menangis. Perlahan-lahan aku mendekatkan jariku ke pipi Nana kerana ingin menyeka air mata insan yang aku sayang itu. Namun hasratku terbantut apabila papa Nana menghampiri kami. "Nana, kita kena bertolak sekarang", kata Encik Maidin lalu mengambil troli pakaian Nana dan menyimpannya ke dalam bonet kereta. Nana masih tidak berganjak. "Nana, please stop crying. Nanti kita boleh jumpa lagi, kalau ada cuti yang panjang, Jay akan datang lawat Nana, okay ", aku mencuba memujuk Nana. Nana geleng, "kita tidak akan bertemu lagi Jay". " Why not ?", aku menyoal keliru dengan kenyataan Nana. "Sebab Nana sebenarnya bukan pergi kerana berpindah tetapi...", Nana tidak menghabiskan ayatnya. "Nana, kita kena bertolak sekarang!", Encik Maidin berkata keras. Air muka Nana berubah menjadi takut apabila menerima jelingan t...

-Percubaan kedua - (Jay)

E2812 baru sahaja meninggalkan motel ini. Dia hanya membawa tas tangannya, ku kira mungkin dia keluar sebentar untuk makan malam. Pasti komputer riba itu ada di dalam biliknya.  Ini peluang keemasan bagi kau Jay!  Aku membuang puntung rokok ke lantai lalu memadamkan sisa bara dengan menguis puntung rokok menggunakan kasut. * * * * * * * Setibanya aku di hadapan bilik target, aku berpura-pura mencari kunci dalam poket seluar untuk mengelak dari disyaki oleh sepasang suami isteri yang sedang lalu dihadapan bilik target. Usai mereka menuruni tangga, dengan segera aku memasukkan pin khas ke dalam tombol pintu. Dengan hanya sekali putar, aku berjaya membuka pintu tersebut. Ceh, dah namanya motel murah, haruslah pintu bilik pun kualiti rendah . Aku tersenyum bangga.  Bilik itu hanya diterangi cahaya lampu dari luar jendela. Aku mengeluarkan lampu suluh dan mula menghampiri katil. Terlihat komputer riba yang ku cari terletak kemas di atas katil. Okay, that was easy....