Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Rindu dan kenangan

  Setiap orang punya seseorang yang dia rindu. Perasaan rindu itu kadang-kadang tersangatlah menyeksakan kerana kita masih belum mampu melupakan kenangan yang kita lakar bersama orang yang dirindui itu. Lagi memeritkan jikalau kita merindui orang yang telah pergi. Setiap kali kita pejamkan mata, kita teringatkan kali pertama dia tersenyum tatkala pipinya dicubit manja. Setiap kali terdengarkan lagu kegemarannya, kita pun terdengar sekali suaranya sayup-sayup menyanyikan lagu tersebut di telinga kita. Apabila kita bangun dari tidur setiap pagi, kita selalu berharap kita menerima sms ucapan selamat pagi daripadanya. Bila malam pula, kita cuba mengimbas semua kenangan bersamanya dengan harapan kita bermimpi ketemukan dirinya. Hampa! Orang dah pergi. Yang mati tak akan kembali. Jangan menyesakkan jiwa dengan kenangan yang indah kerana semua itu hanya akan membuat kita terluka. Lupakanlah semua kenangan... Lepaskanlah dia pergi... Berharaplah semoga esok, perasaan rindu itu h

Belajar dari kasut?

Tahukah anda, kasut boleh dijadikan sebagai inspirasi atau motivasi dalam hidup kita. Dalam post ini, saya akan sertakan 5 petikan (quotes) mengenai kasut untuk anda semua sebagai renungan kita bersama. "I still have my feet on the ground, i just wear better shoes." - Oprah Winfrey "Kaki saya masih lagi berdiri di atas tanah, saya hanya memakai kasut yang lebih baik". Petikan ini menyatakan bahawa, walaupun seseorang itu telah berjaya atau telah menjadi kaya-raya, dia masih mengekalkan sikap merendah diri dan tidak lupa akan asal usulnya. Apa yang berbeza hanya pada luarannya sahaja dan dia masih lagi individu yang sama seperti sebelumnya.  "For women, shoes are the most important. Good shoes take you to good places." - Seo Min Hyun "Bagi wanita, kasut adalah yang paling penting. Kasut yang baik akan membawa anda ke tempat-tempat yang baik". Petikan ini adalah berasal dari dialog drama korea "Boys over flower". Kasut dii

#2 Saya bukan orang yang anti perokok

Saya mengaku saya tak suka kepada orang yang merokok tak kira lelaki atau perempuan, lagi-lagi kalau mereka merokok lepas tu hembus asap rokok dekat muka saya. Saya tak suka sebab nanti rambut dan baju saya berbau rokok. Sebab lain juga bila orang merokok depan saya, orang itu membahayakan kesihatan saya. Akan tetapi setiap kali orang merokok depan saya, saya tidak berani nak tegur suruh merokok jauh-jauh. Kalau saya boleh jauhkan diri dari orang tersebut, tidak mengapa, saya akan berbuat demikian. Inin, tengah buat perbincangan, orang tu boleh pula dengan selamba badak merokok depan saya siap hembuskan asap dekat muka. Memang rasa nak mengamuk tetapi saya tak pula mengamuk sebab kononnya nak jadi profesional kan. Why zila? Kenapa ko tak cakap je dekat orang tu, sila merokok dekat luar. Grrr.... Kalau orang nak merokok, saya tak kisah, orang tu merokoklah tetapi please saya mohon supaya orang tu merokok jauh dari saya. Kalau dekat kedai yang kena tampal sign jangan merokok, janganl

Pasangan hidup dan kereta

Anda telah menginjak usia yang matang tetapi anda masih lagi forever alone ,  keseorangan , kesepian , belum menemui pasangan hidup. Sepanjang anda berteman a.k.a ber-couple, anda telah banyak kali putus cinta atas sebab kehadiran orang ketiga, cinta semakin pudar, tidak sehaluan, halangan dari keluarga dan macam-macam lagi. Ibaratnya kalau berteman itu seperti anda memandu kereta, sepanjang perjalanan anda telah banyak kali menekan break sampai tayar kereta pun makin licin.  Persoalannya, perlukah anda pecut untuk sampai ke destinasi yakni mendirikan rumah tangga atas sebab umur anda semakin meningkat, rakan-rakan anda semua telah berkahwin, desakan bertubi-tubi (amboi melampau pula bertubi-tubi) dari orang tua anda, tidak tahan dengan soalan panas pasal kahwin dari saudara-mara dan sahabat handai. Pada pandangan saya, tidak perlu nak memecut kerana tindakan itu pasti akan membuatkan anda menekan break lagi. Itu pun kalau sempat tekan break, kalau tak sempat, anda mungk

Wanita Itu

Wanita itu, Yang membesarkan mu, Mendidik mu, Dengan penuh sabar dan tabah, Supaya kamu menjadi gagah, Dalam menempuh hidup yang penuh ujian, cabaran dan masalah. Wanita itu, Yang selalu mengusap air mata mu,  Menghilangkan duka mu, Selalu tanpa jemu. Wanita itu, Tidak pernah kenal erti lelah, Bersabar dengan semua karenah, Hanya untuk kamu. Ibu, Dialah wanita itu, Yang kita semua puja, Yang senantiasa bertakhta dalam sanubari kita. Selamat Hari Ibu. Ps: Saya sayang mama saya, puan Nur Aini Abdullah. :)

7 lagu romantik untuk hari perkahwinan (part 1)

Setiap pasangan idamkan lagu yang romantis di hari bahagia mereka. Berikut merupakan lagu-lagu romantik untuk memeriahkan hari perkahwinan anda. 1. Hingga Akhir Waktu - Tysha Tiar  2. Begitu Indah - Gaby 3. Getar Hati - Gio 4. Karena Ku Cinta Kau - Bunga Citra Lestari 5. Kau Di Mindaku - Janice and the Supertank 6. Karena Kamu Cuma Satu - Naif 7. Terukir di Bintang - Yuna   Nota: Lagu-lagu yang disenaraikan ini hanyalah pilihan peribadi saya. Kepada bakal suami boleh tak nak request semua lagu ni di mainkan sepanjang majlis perkahwinan kita nanti. Please~

#1 Saya seorang yang suka pendam perasaan

Ini merupakan surat pertama untuk diri sendiri sebagai proses untuk berubah menjadi seorang yang berani. Berani untuk menyuarakan pendapat sendiri, berani untuk meluahkan perasaan sendiri dan berani untuk mengekspresikan diri supaya lepas ni tak mahulah asyik pendam-pendam perasaan. Saya mengaku saya seorang yang sering memendam perasaan gara-gara nak jaga hati dan perasaan orang lain. Tetapi, bila saya dah tak tahan kerana perasaan-perasaan yang terbuku dalam hati dah membuak-buak nak keluar, saya pun luahlah apa yang saya rasa dekat orang yang berkenaan (orang yang pada awalnya saya nak jaga perasaan diorang). Akibatnya, diorang pun terluka dan sakit hati dengan saya kerana tidak berterus-terang dari awal. Jadi macam pointless pula niat saya nak jaga hati orang sebab hujung-hujung saya sakitkan hati diorang lagi teruk. Lepas tu saya sedar, kalau tak puas hati, tidak setuju dengan apa yang orang buat dekat kita, kita kena cakap dekat diorang supaya diorang sedar dan diorang tahu apa