Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

-Kekasih gelapku-

"Selamat Hari Jadi Vel", Valerie berkata seraya meniup lilin pada kek coklat yang dibelinya pagi tadi. Dia lalu memotong kek tersebut menggunakan pisau yang dipegangnya. Dia kemudian membuka kotak hadiah yang terletak di tepi kek tersebut. Kotak tersebut merupakan hadiah hari jadi daripada Sheldon. " Thank You  Sheldon", Valerie berkata lagi lalu memasang rantai loket berbentuk rama-rama di lehernya. Valerie memandang Sheldon yang duduk berdepan dengannya. "Makanlah kek coklat tu dear ...", Vel berkata dengan lembut. " You nak  I suapkan?", Vel menyuakan secebis kek coklat ke mulut Sheldon. * * * * * * * Setahun yang lepas... " Miss , I nak tanya, buku 'All because of you' by Melissa Hill ada jual tak?", seorang lelaki lewat 20-an bertanya kepada Valerie yang sedang mengemas stok buku-buku yang baru sampai semalam. " I tak pasti, I kena periksa dulu sebab banyak sangat stok buku yang baru sampai.  You dah te

-Takoyaki-

Sabtu lepas, aku pergi menemankan bff ke salon yang terleta di The Mines. Disebabkan si kawan ni ambil masa yang lama sangat untuk buat rambut, aku pun ambik kesempatan berjalan-jalan seorang diri. Penat jugalah pusing-pusing dalam The Mines ni dengan tak ada arah tujuannya tapi kita selalu cakap tengah  Window Shopping gittew! Disebabkan lapar, jadi aku pun  pergilah ke tingkat bawah sekali sebab dekat situ banyak gerai dan kedai makan. Disebabkan bajet pun tengah koyak (beginilah cerita sedih seorang pelajar, titik.) Aku terpandang satu gerai nama takoyaki menjual makanan jepun. Haip haip, hajimemashite, watashiwa ella des! Saja test skill bahasa jepun bila nak order tapi minah kat gerai tu pandang aku macam boleh tak ko main jauh-jauh sikit dik, hahaha... -Perasan jadi minah jepang jap- Aku pun order lah Takoyaki Cheese Sausage dan air Green Tea. Selain takoyaki, ada lagi menu lain seperti Takoyaki Udon dan Okonomiyaki. Tapi like i said earlier , poket dah berlubang, jad

-Jatuh beranda- (Jay)

Aku memandang ke arah motel usang yang terletak di pinggir bandar itu. Maklumat yang tuan Taufiq hantar pagi tadi menyatakan di sinilah tempatnya. Aku melangkah masuk ke lobi motel tersebut. Cuma ada seorang perempuan cina yang agak berumur tengah mengipas-ngipas dirinya sedang duduk di atas kerusi malas sambil menonton televisyen. "Lu maw bilik atau lu maw pakai olang?, tanya perempuan tua itu kepadaku. "Gua maw bilik", kata ku ringkas . "Betul aa lu tak maw pakai olang? Sini pelempuan manyak lawa oo...",  kata perempuan itu sambil tersenyum lalu menuju ke kaunter. "Saya maw bilik sahaja!", kataku tegas sambil geleng kepala. Perempuan tersebut terus menyerahkan kunci bilik kepadaku. * * * * * Bilik 105... Mataku melilau mencari bilik bernombor 105. Jumpa. Bilik motel tersebut sangat kecil. Di dalamnya hanya ada sebuah katil, almari dan meja solek.  E2812 (embodiment2812)! Aku akan cari kau sampai jumpa! Dingin malam ditambah pula dengan huja

-Bunga kumbang-

Menatap langit tanpa bintang, ibarat hati sunyi tanpa penyeri, di manakah kumbang yang disayang-sayang, mengapa biarkan bunga menyendiri? 

-Lelaki OKU- (Nia/Adenin)

Awal pagi lagi aku dah terjaga. Lantas aku bangun dan duduk di hadapan meja solek. Dengan mata yang bengkak dan rambut kusut-masai.  Teruknya rupa aku ... Aku tak boleh macam ni, aku kena move on... Mulai dari hari ini aku nekad untuk melupakan sejarah silam aku. Aku harus bersemangat untuk hidup!  Kau pasti boleh Nia! Eh, silap, kau pasti boleh Adenin!  Seusai mandi, aku bersiap-siap. Aku memilih untuk bergaya ringkas  blouse putih berlengan pendek dan jeans hitam. Rambut aku biarkan terurai. Ketika aku berkira-kira untuk beredar, aku terlihat nota kecil berwarna ungu yang diterima semalam.  Nota semalam... Siapakah pengirimnya? Aku membelek nota tersebut dan kemudian ku masukkan ke dalam kocek seluar. Cuaca hari ini sangat terik namun pepohon yang rimbun di persekitaran sedikit sebanyak menyelamatkan kulit aku dari terkena selaran matahari. Aku berjalan ke arah perhentian bus yang terletak tidak jauh dari motel yang aku duduki. Jalan raya agak lengang. Aku menanti kedatangan b

-Kadang-kadang-

Kadang-kadang kita hanya mampu untuk memerhati dari jauh, dia gembira, kita tersenyum riang, dia berduka, hari kita kelam, dia tersungkur, kita rasa sakit, dia marah, hari kita parah, dia terluka, kita yang berdarah... Kadang-kadang kita hanya mampu mendoakan, setiap usahanya moga dibuahkan hasil, setiap titik peluhnya moga diberi manfaat, setiap keinginannya moga dimakbulkan, setiap kejayaannya moga berkekalan setiap impiannya moga terlaksana... Kadang-kadang dia mungkin perasan akan kewujudan insan seperti kita  namun belum tentu dia dapat membaca apa tersirat di hati kita... Nota: Sukakan seseorang yang tidak menyedari kewujudkan kita itu perlukan kekuatan. Kau perempuan yang kuat. Maka senyumlah, semoga dengan senyuman kita, insan itu akan berpaling dan membalas senyuman kita dengan pinangan. Ah kau... Jangan perasan please!  Ini bukan sinetron!              

-Suratan Loh mahfuz- (Nia/Adenin)

Hairan. Aku tidak pula merasa panik, cuma sedikit tertanya-tanya ke manakah destinasi kami. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut atas kejadian dalam bilik saksi sebentar tadi. Aku hanya duduk mendiamkan diri. Hanya nama Rizal yang bermain-main di fikiranku. Namun perasaanku bertukar menjadi cemas apabila kereta memasuki perkarangan Hospital Seremban. ' Apakah yang sebenarnya telah terjadi kepada Rizal?'   "Mari ikut saya," Ayu berkata kepadaku ringkas. Aku turun dari kerata. Sekali lagi aku hanya menurut. Kami sama-sama melangkah dengan laju. Aku sangat berharap tiada sebarang malapetaka yang menimpa Rizal. Hatiku mula berdebar apabila kami berjalan menuju ke Wad Kecemasan. Bermacam-macam tanggapan buruk mengenai Rizal bermain-main di kepala. Ayu bertemu dengan beberapa orang lelaki yang berpakaian sut lengkap berwarna hitam. Mereka sudah tentu anggota kumpulan M-tech kerana mereka mempunyai lambang baju yang sama dengan Ayu. Ayu saling bertukar pandangan dengan

-Tanda tanya- (Nia/Adenin)

Aku merenung ke arah jam tangan yang tersarung di tangan kanan. Waktu sekarang ialah 9.30 pagi. Aku masih lagi berada dalam bilik saksi. Perbicaraan sepatutnya bersidang pada jam 9.00 pagi tadi. Lambatnya waktu berlalu. Suasana dalam bilik saksi ini sepi dan aku hanya ditemani oleh seorang polis yang bertugas. Tertera tag nama di bajunya 'John J. Loco'. Namanya persis mat salleh tetapi berwajah orang tempatan. Dia mungkin berusia dalam lingkungan 20-an, rupanya juga boleh tahan. Aku melihat jarinya, tiada pula cincin yang tersarung. Ku kira dia bmasih bujang, agaknya dia sedang mencari calon yang sesuai. Aku tersenyum nakal, ' nasib baik aq sudah berpunya'.  Hari ini Rizal bakal balik dari Singapura. Dia baru sahaja menjalani latihan ketenteraan asas di Basic Military Training Centre dalam pasukan Kestrel Coy Platoon 2 . Sudah hampir 4 bulan kami tidak bersua-muka. Hari ini rindu aku pasti terubat. Namun, aku tidak berkesempatan untuk menjemputnya di lapangan terbang

-Pengintip misteri- (Nia/Adenin)

Nota berwarna ungu yang akuu terima sebentar tadi kubiarkan di meja solek. Dalam keadaan aku yang masih serabut, keinginan untuk mencari siapakah gerangan penulis nota tadi mati begitu sahaja. (Imbas semula - Nia baru sahaja kematian kekasihnya, Rizal, lantas meninggalkan kedua orang tuanya untuk keselamatan mereka dan identitinya sekarang ialah Adenin bukan Nia). Aku menyembamkan badanku di atas katil. Sambil meniarap, aku membelek cincin pemberian Rizal di jari manis. Cincin ini sudah tidak bermakna lagi. Kau harus lupakan Rizal , bisik hati kecilku. Bunyi guruh di luar membuatku tersentak. Aku bingkas bangun menuju ke arah jendela. Belum sempat aku menarik langsir, satu kelibat manusia tiba-tiba sahaja terjun dari koridor berdekatan dengan bilikku. Dengan segera aku mencapai pisau kecil yang terselit di kaki. Lantas aku terus membaling pisau ke arah kelibat itu. Satu jeritan kedengaran menandakan pisau mengena sasaran. Namun hujan lebat dan suasana yang gelap diluar menyebabk

-Wangian Swiss Army- (Nia/Adenin)

"Nia... Bangun Nia..", terasa bahuku digoncang perlahan-lahan. Dengan sepenuh kudrat aku cuba untuk membuka mata. Samar-samar kelihatan satu wajah yang memang memandang tepat ke mataku. " Morning sayang ", dahiku dikucup manja. "Sayang?", aku cuba bangun tetapi kepalaku terasa berat sangat. "Sayang, sarapan pagi ada kat dapur okay", aku masih lagi tidak mampu menjawab kerana terlalu lemah. Aku mencuba duduk bersandar tapi gagal. Rizal sedang menyangkut baju-bajuku ke dalam almari. ' Malunya, baju dah siap basuh penuh sebakul belum berkemas', bentakku di dalam hati.  Aku hanya mampu membiarkan Rizal mengemasnya sendiri. Selepas seketika, dia datang dan menekap tangannya ke dahiku. "Sayang demam lagi ni, kesian... Sayang rehat, sesudah sarapan, jangan lupa makan ubat k," tanganya mengusap-usap pipiku. Aku mengangguk perlahan. Rizal menguis pipiku kemudian berlalu pergi. Bantal busuk yang aku panggil mimi, dipeluk kemas. Wangia

-Nota kecil- (Nia/Adenin)

Aku kira motel yang aku duduk ini agak terpencil, jauh dari bandar, tidak mungkin mereka dapat mengesan aku sampai ke sini?  Tanganku pantas mencapai jubah nipis berwarna merah yang tersangkut di birai katil. Pintu bilik aku kuak sedikit. Kelihatan 4 orang lelaki awal 30-an berpakaian kasual. Bau arak yang sangat kuat menusuk ke hidungku. Aku kira mereka baru balik dari par-tay atau kelab malam. Hebat! Kawasan tersorok macam ini pun ada kelab malam. Tiba-tiba aku terdetik dihati, jikalau mereka ini orang-orang PutraCat yang datang untuk menyerang, memang masak aku!!! Kecederaan di kaki ini belum lagi sembuh sepenuhnya. Aku segera menutup pintu dan kuselak kunci. Bunyi derapan kaki semakin menghilang, ku kira kumpulan lelaki tadi telah kembali ke bilik mereka. Aku menarik nafas lega. Namun, baru sahaja beberapa langkah kakiku menapak, pintu bilik aku diketuk lagi. Aku segera berpaling. Perlahan-lahan aku mendekati pintu lalu menjengket mengintai dari lubang kaca pada pintu bilik. Tidak

-Titik permulaan- (Nia/Adenin)

Aku merenung tepat gambar mama dan papa yang berada dalam genggamanku. Air mata yg tadi berderai laju sudah kian surut. Kematian Rizal adalah amaran pertama untuk aku supaya jangan lagi melibatkan diri dengan kes Brij97... Kenapa Rizal yang perlu menjadi korban? Kenapa? Air mataku mengalir lagi. Ces... Bedebah kalian semua, aku menghentak tanganku ke meja berulangkali. BEDEBAH!!! Aku mula menangis teresak-esak. "Sa...sayang...", suara aku tersekat. Aku menutup mata, terimbau kembali saat-saat manis aku bersama Rizal. Hati aku terasa pedih yang teramat, nafasku juga tersekat-sekat menahan sebak. Perlahan-lahan aku menuju ke meja yang terletak bersebelahan dengan tingkap. Aku tunduk lalu menarik laci yang kedua. Aku mencari-cari pemetik api di sebalik timbunan kertas-kertas lama. Jumpa. Pemetik api dinyalakan dan aku tenung sedalam-dalamnya gambar kedua orang tuaku. Perlahan-lahan api menjilat gambar tersebut dan tidak sampai 5 minit, ianya telah bertukar menjadi debu. S