Nota berwarna ungu yang akuu terima sebentar tadi kubiarkan di meja solek. Dalam keadaan aku yang masih serabut, keinginan untuk mencari siapakah gerangan penulis nota tadi mati begitu sahaja. (Imbas semula - Nia baru sahaja kematian kekasihnya, Rizal, lantas meninggalkan kedua orang tuanya untuk keselamatan mereka dan identitinya sekarang ialah Adenin bukan Nia).
Aku menyembamkan badanku di atas katil. Sambil meniarap, aku membelek cincin pemberian Rizal di jari manis. Cincin ini sudah tidak bermakna lagi. Kau harus lupakan Rizal, bisik hati kecilku. Bunyi guruh di luar membuatku tersentak. Aku bingkas bangun menuju ke arah jendela. Belum sempat aku menarik langsir, satu kelibat manusia tiba-tiba sahaja terjun dari koridor berdekatan dengan bilikku. Dengan segera aku mencapai pisau kecil yang terselit di kaki. Lantas aku terus membaling pisau ke arah kelibat itu. Satu jeritan kedengaran menandakan pisau mengena sasaran. Namun hujan lebat dan suasana yang gelap diluar menyebabkan pandangan mataku kurang jelas. Aku menutup rapat jendela dan kukunci dari dalam. Langsir pun kutarik penuh. Privasi alu telah diceroboh!!! Mataku tertumpu ke komputer riba yang masih terpasang di atas katil. Semua akaun laman sosial aku padam. Telefon bimbit pun aku matikan sekali. Selama aku di sini, setiap gerak-geri diintip??? Adakah pengintip misteri itu salah seorang dari anggota PutraCat? Esok, aku harus tinggalkan tempat ini kerana ia tidak lagi selamat. Semoga malam ini aku mampu tidur lena. Dengan berat hati aku terus memejamkan mata.
Comments
Post a Comment