Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

PERADUAN NESTLE 'GAJI SEUMUR HIDUP' DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MEI 2020

Berita baik untuk rakyat Malaysia, Nestle telah melanjutkan Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sehingga 31 Mei ini dengan menambah 300 hadiah bonus untuk dimenangi. Menerusi lanjutan ini, anda semua berpeluang untuk memenangi 5 hadiah 'Gaji Setahun' bernilai RM3,000 sebulan selama 12 bulan dan 200 lagi 'Hadiah Mingguan' yang bernilai RM500 setiap satu. Nestle juga telah menambah satu lagi kategori hadiah iaitu 100 Hadiah Bonus 'Gaji Sebulan' bernilai Rm3,000 setiap satu. Secara keseluruhannya, 15 pemenang hadiah 'Gaji Setahun (RM3,000x12bulan) akan berpeluang untuk memenangi dua Hadiah Utama 'Gaji Seumur Hidup'. Dengan lanjutan peraduan sehingga 31 Mei 2020, rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai peraduan ini hanya perlu beli produk Nestle bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan jawab satu soalan mudah.  Selain itu,  anda juga boleh beli satu set makanan 'MILO Makan Kombo' bernilai RM19.99 dala

7 LAMAN WEB ONLINE SHOPPING PAKAIAN KANAK-KANAK YANG PERLU ANDA LAWATI

Anda ingin mengayakan anak-anak anda dengan pakaian trend terkini, namun anda tidak tahu dimana untuk mendapatkan pakaian yang memenuhi citarasa mereka? Ada banyak laman web shopping online pakaian kanak-kanak yang popular di Malaysia ini. EVERMINE Evermine menampilkan koleksi pakaian kanak-kanak yang direka secara teliti dengan mempertimbangkan kualiti dan keselesaan. Perhatian lebih diberi kepada perinciaan rekaan yang membuatkan setiap rekaan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.  Laman Web: Evermine Malaysia KENIT KID Kenit Kid merupakan koleksi pakaian yang direka oleh seorang ibu yang kreatif dengan menggabungkan gaya yang tidak lapuk dek zaman dan kain yang berkualiti. Menjadikan lima orang anaknya sebagai sumber inspirasi terbesar, pereka ini juga turut menggabungkan minatnya kepada seni fesyen kepada semua perkara yang disukai dan diinginkan oleh anaknya. Kenit Kid percaya semua kanak-kanak haruslah berpakaian kemas, sesuai denga

MUIS SABAH PERMUDAH UMAT ISLAM BAYAR ZAKAT FITRAH

Kini umat islam di Sabah boleh menunaikan kewajipan Zakat fitrah secara online. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memperkenalkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian untuk kemudahan umat islam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembayaran zakat boleh dibuat menerusi perkhidmatan sedia ada melalui Maybank, Bank Islam Malaysia Berhad serta Agrobank dan tidak lama lagi bakal disusuli CIMB Bank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam tempo terdekat. P embayaran dalam talian juga boleh dibuat melalui perkhidmatan 'SnapNPay' dan 'MyeG'. Pembayaran zakat melalui amil masih diteruskan pada tahun ini namun tertakluk pada ketetapan dan peraturan kesihatan yang digariskan dalam usaha pencegahan jangkitan COVID-19. Antara lokasi yang terlibat adalah di Ibu Pejabat MUIS dan cawangan di Sandakan, Tawau, Beaufort, Keningau dan Kota Marudu.  Perkhidmatan pembayaran zakat secara pandu juga disediakan di perkarangan Wisma MUIS bermula 4 Mei 202