Skip to main content

PERADUAN NESTLE 'GAJI SEUMUR HIDUP' DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MEI 2020


Berita baik untuk rakyat Malaysia, Nestle telah melanjutkan Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sehingga 31 Mei ini dengan menambah 300 hadiah bonus untuk dimenangi.

Menerusi lanjutan ini, anda semua berpeluang untuk memenangi 5 hadiah 'Gaji Setahun' bernilai RM3,000 sebulan selama 12 bulan dan 200 lagi 'Hadiah Mingguan' yang bernilai RM500 setiap satu.

Nestle juga telah menambah satu lagi kategori hadiah iaitu 100 Hadiah Bonus 'Gaji Sebulan' bernilai Rm3,000 setiap satu.


Secara keseluruhannya, 15 pemenang hadiah 'Gaji Setahun (RM3,000x12bulan) akan berpeluang untuk memenangi dua Hadiah Utama 'Gaji Seumur Hidup'.

Dengan lanjutan peraduan sehingga 31 Mei 2020, rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai peraduan ini hanya perlu beli produk Nestle bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan jawab satu soalan mudah. 

Selain itu, anda juga boleh beli satu set makanan 'MILO Makan Kombo' bernilai RM19.99 dalam satu resit dan jawab satu soalan mudah untuk menyertainya.

Anda boleh mendapatkan produk Nestle di pasaraya, kedai runcit dan juga kedai online seperti Lazada dan Shopee. 

Penyertaan boleh dihantar menerusi aplikasi 'Whatsapp' ataupun melalui pos. 

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, anda bolehlah melayari laman web dearnestle.com.my. Apa tunggu lagi, jom sertainya sekarang!

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015