PERTANDINGAN MAKE-UP & HAIR-DO DARI RUMAH BERTEMAKAN 'UNDUK NGADAU' DARI RUMAH TAWAR HADIAH BERJUMLAH RM5,000
Buat julung kalinya pertandingan solekan dan dandanan rambut dari rumah bakal diadakan dengan bertemakan 'Unduk Ngadau'. Pertandingan yang dianjurkan oleh Real Beauty Sdn Bhd ini diadakan bertujuan untuk memberi cabaran kepada jurusolek dan hair stylist di seluruh negara bagi mempamerkan kemahiran mereka walaupun hanya melakukannya dari rumah. Penyertaan bagi pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan ianya dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap penyertaan. Pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai berjumlah RM5,000 telah disediakan untuk para pemenang. Bagi yang berminat untuk menyahut cabaran, anda bolehlah mengisi borang penyertaan menerusi laman web https://form.jotform.com/realbeautysb/real-beauty-unduk-ngadau-2020 dan pendaftaran dibuka mulai 27 April sehingga 10 Mei 2020 . Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan ke email realbeautysb@gmail.com. Su...