Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Jalan Terus!!!

Dalam hidup ini, jikalau orang yang kita sayang itu dah tak pedulikan kita, kita tak perlu lagi nak pujuk rayu dan mengharap orang tu nak balik dengan kita. Kita kena terima hakikat bahawa orang tu bukan jodoh kita. Jangan buang masa dengan mesej atau call orang tu berkali-kali sebab itu akan membuatkan orang tu lagi menyampah dengan kita. Ya saya tahu, memang hati kita sakit bila terkenangkan semua memori-memori indah yang kita ada dengan orang tu. Saya tak kata move on tu senang, memang memerlukan masa. Tapi masa tak akan tunggu kita, setiap detik yang kita bazirkan untuk pandang ke belakang, kita tak kan dapat semula. Korang dah besar panjang, hati kena kuat dan tabah. Selain bekas kekasih, kita ada banyak lagi orang penting dalam hidup, jangan sebab putus cinta saja, terus rasa nak mati, nak bunuh diri. Please, jalan terus! Jodoh korang yang sebenar tengah tunggu tu, jangan berhenti untuk jaga jodoh orang lain. Kaum hawa, sila realistik sikit, jangan sesekali bandingkan lela