Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Hilang Naluri (Preview)

Rania bersiul keriangan sambil tangannya ligat mengeringkan rambut menggunakan tuala. Dia kemudian mencapai pengering rambut tapi meletakkannya  semula di atas meja apabila dia terdengar loceng rumahnya berbunyi.  Dia sempat melirik jam dinding di ruang tamu. Baru jam 10.40 pagi, awalnya Azlan dah sampai, bukan janji nak datang jam 12?  Rania membuka pintu rumahnya. “Hello Rania…”, Naeem menyapa sambil bibirnya menguntum senyuman. “Naeem… Ada apa datang rumah I pagi-pagi ni?”. Rania terkejut dengan kehadiran Naeem tapi dia cuba berlagak tenang. Naeem tidak menjawab pertanyaan Rania sebaliknya dia menghulurkan sekuntum bunga ros hitam.  “Tahniah. I dengar you akan berkahwin tak lama lagi. Bunga ni pemberian ikhlas dari I sempena perkahwinan you .” Rania teragak-agak untuk menerima bunga tersebut. “ Don’t worry, take it. It’s only flower. Flower won’t hurt you , Rania. Okay , kalau you terima bunga I , I promise I tak akan ganggu you lagi”, Naeem tersenyum sinis. Perlahan-lahan