Kekasih masih mencintai bekas kekasih Jikalau kekasih anda masih berhubung dengan bekas kekasihnya sebagai kawan, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada perhubungan anda dengan kekasih. Masalah hanya akan timbul jikalau kekasih anda masih mencintai bekas kekasihnya. Simptom utama yang menunjukkan kekasih anda masih mencintai bekas kekasih adalah kekasih anda sanggup berbuat apa sahaja jikalau bekas kekasihnya perlukan pertolongan tanpa mengira waktu dan tempat. Sebagai contoh, kekasih anda sanggup meninggalkan anda keseorangan ketika anda berdua sepatutnya makan malam bersama kerana kereta bekas kekasihnya rosak ataupun kekasih anda lebih rela menghantar bekas kekasihnya pulang selepas waktu bekerja dan menyuruh anda menaiki teksi sahaja pulang dari kerja. Bagi anda yang penyabar, anda akan cuba sedaya upaya untuk memahami bahawa kekasihnya hanya berniat baik dan hanya ingin menolong bekas kekasih tetapi berhati-hatilah kerana anda mungkin akan terluka jikalau kekasih anda ingin