Hi uolls, hari ni sis excited mo share aplikasi e-dompet yang dikenali sebagai Boost (bukan minuman jus jenama Boost aa...😄). Boost adalah aplikasi yang membolehkan anda membuat pembayaran dengan menggunakan telefon bimbit sahaja. Transaksi jual beli menjadi lebih pantas, mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai atau kad debit/kredit setiap kali ingin membeli-belah. Bestkan!!! Aplikasi Boost telah dilancarkan di Sabah sejak bulan Ogos 2018 lagi namun pada masa itu masih lagi dipandang sepi (termasuk sis, eh?) sebab belum banyak lagi kedai di Sabah yang berdaftar dengan Boost . Namun hasil survey yang sis jalankan di sekitar Kota Kinabalu baru-baru ini, rata-rata restoran, pasar raya, kedai serbaneka dan banyak lagi sudah pun menawarkan pembayaran menggunakan Boost . Yeayyy!!! Macam mana anda hendak tahu kedai tersebut menawarkan pembayaran menggunakan Boost ? Anda hanya perlu mencari pelekat Boost seperti berikut:- Anda boleh membuat pembaya