Skip to main content

Jom Bayar Dengan Boost Sambil Nikmati Ganjaran Menarik

Hi uolls, hari ni sis excited mo share aplikasi e-dompet yang dikenali sebagai Boost (bukan minuman jus jenama Boost aa...😄). Boost adalah aplikasi yang membolehkan anda membuat pembayaran dengan menggunakan telefon bimbit sahaja. Transaksi jual beli menjadi lebih pantas, mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai atau kad debit/kredit setiap kali ingin membeli-belah. Bestkan!!! 

Aplikasi Boost telah dilancarkan di Sabah sejak bulan Ogos 2018 lagi namun pada masa itu masih lagi dipandang sepi (termasuk sis, eh?) sebab belum banyak lagi kedai di Sabah yang berdaftar dengan Boost. Namun hasil survey yang sis jalankan di sekitar Kota Kinabalu baru-baru ini, rata-rata restoran, pasar raya, kedai serbaneka dan banyak lagi sudah pun menawarkan pembayaran menggunakan Boost. Yeayyy!!!

Macam mana anda hendak tahu kedai tersebut menawarkan pembayaran menggunakan Boost? Anda hanya perlu mencari pelekat Boost seperti berikut:-



Anda boleh membuat pembayaran melalui dua kaedah iaitu:-
(1) Imbas pada QR Kod penjual dan masukkan Kod Pin 6 Digit anda; atau

(2) Masukkan Kod Pin 6 Digit anda dan penjual akan imbas QR Kod di Boost App di telefon bimbit anda.

Senang kan!!!

Namun sebelum membuat pembayaran, pastikan wang di dalam e-dompet Boost anda mencukupi, jika belum anda boleh menambah nilai dengan perbankan atas talian, kad debit atau kad kredit Visa/Mastercard. Pastikan juga telefon anda mempunyai talian internet. Jangan risau, pembayaran menggunakan Boost adalah PERCUMA tiada caj tambahan atau tersembunyi.

Setiap kali anda berbelanja dengan Boost, anda akan diberi mata ganjaran yang boleh ditebus kepada ganjaran wang seperti 1000 mata ditukar kepada RM10 ataupun nikmati baucar digital dengan potongan sehingga 50% untuk jenama kegemaran anda seperti KFC, Tealive, Agoda, Starbucks, Pizza Hut dan banyak lagi!!! Selain membeli-belah, anda juga boleh membayar bil seperti bil elektrik, PTPTN ataupun telefon postpaid anda dengan menggunakan Boost.


Contoh Ganjaran Boost

Sebarang info lanjut mengenai aplikasi Boost anda bolehlah mengujungi laman sesawang mereka https://support.myboost.com.my/hc/ms.

Berikut merupakan senarai penjual yang menyediakan perkhidmatan pembayaran menggunakan Boost di Sabah:-

PERSONAL CARE:
 WATSON
➤ GUARDIAN

LIFESTYLE
YUBISO

FAST FOOD:
PIZZA HUT
➤ KFC
➤ UNCLE BOB
➤ TAKOYAKI

RESTAURANT
➤ SUSHI KING
➤ THE CHICKEN RICE SHOP
➤ PAPAR TOWN, INANAM

CONVENIENCE STORE:
ORANGE

SUPERMARKET
BATARAS
SERVAY
FOODTOWN, KOLOMBONG

BAKERY
➤ MULTI BAKE
➤ 15 MINUTES BAKE, 1BORNEO
JUN BAKERY, INANAM

PETROL STATION
SHELL

PET SHOP
➤ PET PARADISE

PHARMACY
➤ SUNLIGHT PHARMACY

ICT RETAILER
➤ PC IMAGES, KARAMUNSING

CAFE
GREEN MUG


OPTICAL SHOP
➤ D'EYE OPTIQUE, 1BORNEO
➤ EYE Q, 1BORNEO


TOY STORE
➤ MICHELLE SHOP, 1BORNEO

ANTARA PENJUAL YANG BERDAFTAR DENGAN BOOST DI SABAH

Senarai penjual yang berdaftar ini sis akan update dari semasa ke semasa. Jikalau anda ingin berkongsi kedai-kedai lain di Sabah yang menawarkan pembayaran dengan Boost, anda hanya perlu tinggalkan komen di bawah. Okay, selamat menge-boost uolls. Papai~


#BoostKotaKinabalu #BoostApp #BoostSabah #BoostReward #KedaiBayarDenganBoost
.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015