Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

-Dinner at Mojo-

Sebelum ramadhan menjelma, kawan aku aen sempat belanja makan sempena gaji pertama dia, yeayyyy!  Enjoy the pictures~ Chicken Parmigiana Lamb Chop Pineapple Pinata The Ladies (Judith, Siaw Hui, Me & Aen) Love, A.A

-Tanya hati-

Tanya ku pada hati, kenapa perasaan ini hadir, kenapa harus air mata ini jatuh, kenapa dia yang pergi dulu,  kenapa aku yang harus menanggungnya...           Persoalan tak terungkap... tanpa jawapan... noktah.          

-Dua Dunia-

Tembok itu terlalu tebal, Walaupun hati qu cekal, Kudrat qu tidak sekuat mana, Tak bisa aq rempuh untuk ke seberang sana... Istana kaca tersergam indah, Tapi laluannya payah, Berliku dan dipenuhi duri tajam, aq hanya berkaki ayam... Dunia kita berbeda, Kau maharaja, Aq hanya insan biasa... Kehadiranmu qu butuh Tapi hanya bayang mu bisa qu sentuh...

-Rindu-

Senyuman papa, Sentuhan mama, Gurauan mereka, Aku rindu...

-Kerana Ku Sanggup-

Shahrin tergamam. Dengan pantas dia berlari ke hujung tembok bangunan 10 tingkat yang didudukinya. Dia melihat ke bawah. "Tidakkk!!!!!", Shahrin menjerit semahunya. Hatinya luluh dan pedih. Tubuh yang terbaring di atas tempat letak kereta kondominium Sri Idaman tidak lagi bernyawa. Realiti itu sungguh pahit untuk ditelan. Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi. Pipinya mula panas dibasahi air mata yang mengalir deras. Rasa bersalah menular di dalam jiwanya. Ini semua salah aku... Shahrin menyalahkan dirinya. Dia kemudian memandang ke arah gadis yang berdiri beberapa meter di belakangnya lalu berkata, " Please forgive me ..." * * * * * * * Berulangkali Zana membelek dress putihnya di hadapan cermin . Dia berasa sedikit gemuruh kerana hari ini buat pertama kalinya dia akan menemankan buah hatinya, Shahrin ke majlis ulang tahun perkahwinan orang tua Shahrin. Zana menyikat rapi rambutnya. Untuk sentuhan terakhir, dia mengenakan sepasang anting-anting berbentu

-Ceria-

Dunia indah Langit yang dulu telah berubah tiada lagi noda-nota hitam Cerah meliputi kelam Adanya kamu Hadirnya kamu Pasti membuatku tersenyum... (^_~)

-Dinner at Black Canyon Alamanda-

Haha, cuba teka nasi apa yg aq makan ne? huh? tak taw? Mestilah green curry chicken fried rice...  hehe, nak order separate dish, Thai green curry chicken with  rice tapi harga, hurm... boleh tahan... tak baik  membazirkan... (padahal tengah pokai, hahaha...) Pastu, untuk membasahkan tekak yang dahaga ne, aq pun orderla jasmine tea... Disebabkan mengada-ngada punya pasal, aq siap minta honey lagi... Sedap weh, i loike!!! Try la...  Harga total tak ingatlah tapi tak lebih dari RM15.00... Nyum3... ^_^

-Halimunan-

Renungan mata mu kosong, Ibarat aq kalis dari pandangan.

-Sepi-

Sepi. . . Hati sang puteri. . . Bila mimpinya di bawa lari. . . Sepi. . . Jiwa sang puteri. . . Bila malamnya tak lagi berseri. . . Sepi. . . Sendiri. . . Tanpa mentari. . . Ingin lari. . . Langkahnya terhenti. . . Hilang dari dimensi. . . . . . MATI. . .

-Kekasih gelapku-

"Selamat Hari Jadi Vel", Valerie berkata seraya meniup lilin pada kek coklat yang dibelinya pagi tadi. Dia lalu memotong kek tersebut menggunakan pisau yang dipegangnya. Dia kemudian membuka kotak hadiah yang terletak di tepi kek tersebut. Kotak tersebut merupakan hadiah hari jadi daripada Sheldon. " Thank You  Sheldon", Valerie berkata lagi lalu memasang rantai loket berbentuk rama-rama di lehernya. Valerie memandang Sheldon yang duduk berdepan dengannya. "Makanlah kek coklat tu dear ...", Vel berkata dengan lembut. " You nak  I suapkan?", Vel menyuakan secebis kek coklat ke mulut Sheldon. * * * * * * * Setahun yang lepas... " Miss , I nak tanya, buku 'All because of you' by Melissa Hill ada jual tak?", seorang lelaki lewat 20-an bertanya kepada Valerie yang sedang mengemas stok buku-buku yang baru sampai semalam. " I tak pasti, I kena periksa dulu sebab banyak sangat stok buku yang baru sampai.  You dah te

-Takoyaki-

Sabtu lepas, aku pergi menemankan bff ke salon yang terleta di The Mines. Disebabkan si kawan ni ambil masa yang lama sangat untuk buat rambut, aku pun ambik kesempatan berjalan-jalan seorang diri. Penat jugalah pusing-pusing dalam The Mines ni dengan tak ada arah tujuannya tapi kita selalu cakap tengah  Window Shopping gittew! Disebabkan lapar, jadi aku pun  pergilah ke tingkat bawah sekali sebab dekat situ banyak gerai dan kedai makan. Disebabkan bajet pun tengah koyak (beginilah cerita sedih seorang pelajar, titik.) Aku terpandang satu gerai nama takoyaki menjual makanan jepun. Haip haip, hajimemashite, watashiwa ella des! Saja test skill bahasa jepun bila nak order tapi minah kat gerai tu pandang aku macam boleh tak ko main jauh-jauh sikit dik, hahaha... -Perasan jadi minah jepang jap- Aku pun order lah Takoyaki Cheese Sausage dan air Green Tea. Selain takoyaki, ada lagi menu lain seperti Takoyaki Udon dan Okonomiyaki. Tapi like i said earlier , poket dah berlubang, jad

-Jatuh beranda- (Jay)

Aku memandang ke arah motel usang yang terletak di pinggir bandar itu. Maklumat yang tuan Taufiq hantar pagi tadi menyatakan di sinilah tempatnya. Aku melangkah masuk ke lobi motel tersebut. Cuma ada seorang perempuan cina yang agak berumur tengah mengipas-ngipas dirinya sedang duduk di atas kerusi malas sambil menonton televisyen. "Lu maw bilik atau lu maw pakai olang?, tanya perempuan tua itu kepadaku. "Gua maw bilik", kata ku ringkas . "Betul aa lu tak maw pakai olang? Sini pelempuan manyak lawa oo...",  kata perempuan itu sambil tersenyum lalu menuju ke kaunter. "Saya maw bilik sahaja!", kataku tegas sambil geleng kepala. Perempuan tersebut terus menyerahkan kunci bilik kepadaku. * * * * * Bilik 105... Mataku melilau mencari bilik bernombor 105. Jumpa. Bilik motel tersebut sangat kecil. Di dalamnya hanya ada sebuah katil, almari dan meja solek.  E2812 (embodiment2812)! Aku akan cari kau sampai jumpa! Dingin malam ditambah pula dengan huja

-Bunga kumbang-

Menatap langit tanpa bintang, ibarat hati sunyi tanpa penyeri, di manakah kumbang yang disayang-sayang, mengapa biarkan bunga menyendiri? 

-Lelaki OKU- (Nia/Adenin)

Awal pagi lagi aku dah terjaga. Lantas aku bangun dan duduk di hadapan meja solek. Dengan mata yang bengkak dan rambut kusut-masai.  Teruknya rupa aku ... Aku tak boleh macam ni, aku kena move on... Mulai dari hari ini aku nekad untuk melupakan sejarah silam aku. Aku harus bersemangat untuk hidup!  Kau pasti boleh Nia! Eh, silap, kau pasti boleh Adenin!  Seusai mandi, aku bersiap-siap. Aku memilih untuk bergaya ringkas  blouse putih berlengan pendek dan jeans hitam. Rambut aku biarkan terurai. Ketika aku berkira-kira untuk beredar, aku terlihat nota kecil berwarna ungu yang diterima semalam.  Nota semalam... Siapakah pengirimnya? Aku membelek nota tersebut dan kemudian ku masukkan ke dalam kocek seluar. Cuaca hari ini sangat terik namun pepohon yang rimbun di persekitaran sedikit sebanyak menyelamatkan kulit aku dari terkena selaran matahari. Aku berjalan ke arah perhentian bus yang terletak tidak jauh dari motel yang aku duduki. Jalan raya agak lengang. Aku menanti kedatangan b

-Kadang-kadang-

Kadang-kadang kita hanya mampu untuk memerhati dari jauh, dia gembira, kita tersenyum riang, dia berduka, hari kita kelam, dia tersungkur, kita rasa sakit, dia marah, hari kita parah, dia terluka, kita yang berdarah... Kadang-kadang kita hanya mampu mendoakan, setiap usahanya moga dibuahkan hasil, setiap titik peluhnya moga diberi manfaat, setiap keinginannya moga dimakbulkan, setiap kejayaannya moga berkekalan setiap impiannya moga terlaksana... Kadang-kadang dia mungkin perasan akan kewujudan insan seperti kita  namun belum tentu dia dapat membaca apa tersirat di hati kita... Nota: Sukakan seseorang yang tidak menyedari kewujudkan kita itu perlukan kekuatan. Kau perempuan yang kuat. Maka senyumlah, semoga dengan senyuman kita, insan itu akan berpaling dan membalas senyuman kita dengan pinangan. Ah kau... Jangan perasan please!  Ini bukan sinetron!