Skip to main content

-Jatuh beranda- (Jay)

Aku memandang ke arah motel usang yang terletak di pinggir bandar itu. Maklumat yang tuan Taufiq hantar pagi tadi menyatakan di sinilah tempatnya. Aku melangkah masuk ke lobi motel tersebut. Cuma ada seorang perempuan cina yang agak berumur tengah mengipas-ngipas dirinya sedang duduk di atas kerusi malas sambil menonton televisyen. "Lu maw bilik atau lu maw pakai olang?, tanya perempuan tua itu kepadaku. "Gua maw bilik", kata ku ringkas. "Betul aa lu tak maw pakai olang? Sini pelempuan manyak lawa oo...",  kata perempuan itu sambil tersenyum lalu menuju ke kaunter. "Saya maw bilik sahaja!", kataku tegas sambil geleng kepala. Perempuan tersebut terus menyerahkan kunci bilik kepadaku.

* * * * *

Bilik 105... Mataku melilau mencari bilik bernombor 105. Jumpa. Bilik motel tersebut sangat kecil. Di dalamnya hanya ada sebuah katil, almari dan meja solek. E2812 (embodiment2812)! Aku akan cari kau sampai jumpa! Dingin malam ditambah pula dengan hujan membuatkan aku terasa nak merokok. Berkepul-kepul asap memenuhi ruang bilikSebentar lagi aku akan buat rondaan mencari bilik yang didiami oleh E2812. Aku segera menukar pakaian. Walaupun hujan di luar semakin lebat, aku tetap meneruskan niat aku untuk mencari E2812. Aku menyarung topeng untuk menutup separuh dari wajahku. Kemudian, satu demi satu bilik aku periksa dengan memanjat beranda. Selang beberapa bilik dari bilik aku, dari luar tingkap aku memerhati seorang gadis tengah menangis teresak-esak. Aku mengamati rupa gadis tersebut yang hanya memakai baju tidur jarang berwarna hitam. Wajahnya sama seperti dalam gambar yang Tuan Taufik hantar kepadaku pagi tadi. Aku dah jumpa kau, E2812. Senangnya kerja. Aku senyum. Untuk beberapa ketika, aku hanya memerhati segala gerak-geri gadis tersebut. Angin malam bertiup dengan kencang. Lantas jiwa lelaki aku bergetar apabila terlihat tali baju tidur perempuan itu jatuh ke sisi ketika di sapa angin dari luar tingkap. Aku memalingkan muka.  Jay awak sedang bertugas. Fokus! Aku mencari-cari komputer riba milik E2812. Bingo! Komputer ribanya terletak di atas katil. Sekarang ini, aku hanya perlu menanti masa yang sesuai untuk mengambil komputer riba itu.


Aku duduk bertenggek di beranda sambil menahan kedinginan kerana pakaian ku telah basah terkena hujan. Tiba-tiba gadis itu datang dengan laju ke arah tingkap. Aku panik. Mata kami bertemu. Dengan serta-merta aku lompat ke arah pokok yang berdekatan. Tangan aku memaut kuat pada dahan pokok tersebut. Aku sempat menoleh ke arah gadis itu. Aku melihatnya membaling sesuatu dan terkena tepat pada lenganku. "Arghhh!!!", aku menjerit kesakitan. Pautanku pada dahan terlerai. Nasib baik pokok tersebut tak tinggi kalau tidak naya aku. Aku masih mampu untuk bangun dan lari sekuat hati. "Damn!!!", aku menjerit kecil. Lenganku terasa ngilu dan sakit yang amat sangat. Aku mencabut pisau kecil yang terkena pada lenganku. Darah panas mula mengalir. Aku telah gagal!

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015