Skip to main content

7 LAMAN WEB ONLINE SHOPPING PAKAIAN KANAK-KANAK YANG PERLU ANDA LAWATI



Anda ingin mengayakan anak-anak anda dengan pakaian trend terkini, namun anda tidak tahu dimana untuk mendapatkan pakaian yang memenuhi citarasa mereka? Ada banyak laman web shopping online pakaian kanak-kanak yang popular di Malaysia ini.

EVERMINE


Evermine menampilkan koleksi pakaian kanak-kanak yang direka secara teliti dengan mempertimbangkan kualiti dan keselesaan. Perhatian lebih diberi kepada perinciaan rekaan yang membuatkan setiap rekaan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. 
Laman Web: Evermine Malaysia


KENIT KID





Kenit Kid merupakan koleksi pakaian yang direka oleh seorang ibu yang kreatif dengan menggabungkan gaya yang tidak lapuk dek zaman dan kain yang berkualiti. Menjadikan lima orang anaknya sebagai sumber inspirasi terbesar, pereka ini juga turut menggabungkan minatnya kepada seni fesyen kepada semua perkara yang disukai dan diinginkan oleh anaknya. Kenit Kid percaya semua kanak-kanak haruslah berpakaian kemas, sesuai dengan usia, tampak comel, cantik serta berbudi bahasa.
Laman Web: Kenit Kid


LITTLE TATARA








Little Tatara adalah koleksi pakaian tradisional kanak-kanak yang selesa dan bergaya. Mereka menampilkan rekaan yang membuatkan si cilik berasa yakin, selesa dan sentiasa bersedia untuk momen 'Outfit Of The Day'.
Laman Web: Little Tatara


ELOQUE




Eloque adalah jenama pakaian kanak-kanak moden yang diasaskan oleh Ainee Zin, seorang bekas Pegawai Bank dan juga ibu kepada dua orang anak. Nama "Eloque" adalah berasal daripada ibu kepada Ainee yang merupakan kelahiran negeri Kedah. Beliau selalu menggunakan frasa "elok" untuk menggambarkan sesuatu yang baik atau cantik. Ejaan perkataan "elok" diberi sentuhan moden untuk mencerminkan trend gaya pakaian yang dihasilkan. Jenama ini menyerlahkan 'The Model' dalam diri si cilik untuk yakin, bergaya dan sudah semestinya Eloque!
Laman Web: Eloque


BELLE BABBIES DESIGN (BBD)



Belle Babbies Design (BBD) adalah label Malaysia sejak tahun 2013 yang menampilkan pakaian moden tradisional dan kasual untuk si fesyenista mungil. Setiap koleksi direka dan dihasilkan secara eksklusif untuk menawarkan keselesaan dan gaya yang selayaknya untuk si cilik. Produk rekaan mereka termasuklah pakaian  sedia dipakai, 'custom-made' dan juga aksesori.


BebeBundo


BebeBundo adalah jenama pakaian kanak-kanak yang diasaskan oleh Nadia Bakly yang menampilkan gaya warisan minang. Nama BebeBundo adalah gabungan perkataan Bebe yang bermaksud bayi atau anak manakala Bundo bermaksud ibu dalam dialek minang.  Seperti namanya yang unik, hubungan ibu dan anak adalah inspirasi utama dalam mencetuskan ciptaan dan rekaan yang pastinya lain dari yang lain.
Laman web: BebeBundo


THREE LITTLE AHMADS 




Three Little Ahmads adalah jenama pakaian kanak-kanak milik pasangan suami isteri, Dato' Fazley Yaakob dan Datin Azrene Ahmad yang merupakan ibubapa kepada 4 orang anak. Mereka melancarkan pakaian inovatif yang 'reversible' untuk budak lelaki dan perempuan. Jenama pakaian mereka mempunyai tanda tersembunyi, butang magnetik dan gaya yang dipakai dari bahagian depan dengan butangnya di bahagian belakang - sebagai fokus inklusif khas untuk kanak-kanak dengan autisme dan kemampuan terhad.


Beri yang terbaik untuk anak anda!

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak. Dengan pelbagai laman web shopping online ini, anda dapat melihat betapa pereka pakaian kanak-kanak menitikberatkan soal keselesaan dan kualiti dalam produk mereka. Pelbagai pilihan rekaan telah dihasilkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan si kecil. Kepada ibubapa diluar sana,  pilihan ditangan anda, anda tahu apa yang diperlukan untuk anak anda. Selamat membeli-belah untuk si fesyenista cilik!

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015