Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Hilang Naluri (Bahagian Pertama)

"Encik Azlan suka tak dengan rumah ni?", Rania bersuara tatkala melihat Azlan menuruni anak tangga. Dia benar-benar berharap agar Azlan bersetuju untuk membeli rumah tersebut. Azlan tidak menjawab, dia sekadar menggelengkan kepalanya. "Tapi Encik Azlan, rumah ni memenuhi semua kriteria yang Encik Azlan hendakkan, ada 6 bilik tidur, 4 tandas, walk-in closet, open kitchen ,  fully furnished , halaman rumah yang luas dan kolam renang. Kalau Encik Azlan beli rumah ni, Encik Azlan boleh pindah terus. Apa lagi yang tak cukup? Apa yang Encik Azlan nak lagi?" Rania mengeluh. Masuk rumah yang ni, dah 6 rumah Azlan tengok namun belum ada satu rumah pun yang berjaya menawan hati beliau. Sebenarnya Rania tidak berniat pun untuk berkata sebegitu kepada Azlan, cuma hari ini dia letih sedikit dan lapar akibat tidak sempat makan tengahari. "Rania, rumah ini memang cukup sempurna tapi saya nak tengok lagi banyak rumah sebelum membuat keputusan. Boleh kan?". Rania t

Wishlists 2013 yang belum tercapai

Cepatnya masa berlalu, sekarang dah pun masuk bulan Julai. Ada baki 6 bulan lagi sebelum tamatnya tahun 2013. Semasa New Year hari tu, beriya-iya sangat buat wishlists 2013. Hari ini bila tengok balik, erm... baru 30% hasrat yang telah tercapai, huhu... Time tahun baru semangat berkobar-kobar kannn, buat senarai azam 2013 panjang berjela-jela, tak cukup dua keping kertas A4, siap angkat tangan lagi minta ekstra kertas dari pengawas peperiksaan. Eh? Haha... Tak apa zila, ada 6 bulan lagi untuk merealisasikan impian dan hasrat anda. Antara wishlists yang belum tercapai adalah.... (yang ini wishlists yang saya nak kongsi sahaja, dalam 1/16 daripada wishlists sebenar) 1. Nak beli kamera yang canggih jadi kalau keluar berjalan-jalan, boleh snap gambar banyak-banyak. Kualiti gambar pun bagus. Tak macam sekarang, ambil gambar kena edit dulu (highlight, fill light, sharpen etc) baru boleh upload. 2. Nak daki gunung kinabalu. Kenapa? Sebab kawan-kawan dari semenanjung asyik tanya