Skip to main content

Hilang Naluri (Bahagian Pertama)


"Encik Azlan suka tak dengan rumah ni?", Rania bersuara tatkala melihat Azlan menuruni anak tangga. Dia benar-benar berharap agar Azlan bersetuju untuk membeli rumah tersebut. Azlan tidak menjawab, dia sekadar menggelengkan kepalanya. "Tapi Encik Azlan, rumah ni memenuhi semua kriteria yang Encik Azlan hendakkan, ada 6 bilik tidur, 4 tandas, walk-in closet, open kitchenfully furnished, halaman rumah yang luas dan kolam renang. Kalau Encik Azlan beli rumah ni, Encik Azlan boleh pindah terus. Apa lagi yang tak cukup? Apa yang Encik Azlan nak lagi?" Rania mengeluh. Masuk rumah yang ni, dah 6 rumah Azlan tengok namun belum ada satu rumah pun yang berjaya menawan hati beliau. Sebenarnya Rania tidak berniat pun untuk berkata sebegitu kepada Azlan, cuma hari ini dia letih sedikit dan lapar akibat tidak sempat makan tengahari. "Rania, rumah ini memang cukup sempurna tapi saya nak tengok lagi banyak rumah sebelum membuat keputusan. Boleh kan?". Rania tidak mampu menolak kerana Encik Azlan merupakan potential client dan dia berharap dapat close sale secepat mungkin. "Baiklah Encik Azlan, tiada masalah tapi sebelum saya mencari rumah yang baru untuk ditunjukkan, boleh Encik Azlan beritahu apa yang kurang tentang rumah yang ini?". Azlan membuka tali lehernya lalu memasukkan ke dalam kocek seluar, "kita bincang soal rumah sambil makan malam boleh?". "Maafkan saya Encik Azlan, saya ada hal penting malam ni, apa kata kita bincang esok di pejabat saya, okay?, Rania mengambil tas tangannya di atas meja. "Jomlah Rania, makan malam sebentar sahaja, please" "Saya benar-benar tak boleh Encik Azlan, saya minta maaf sangat", Rania melangkah menuju ke pintu rumah."But Rania, I wont take no for an answer", kata-kata Azlan membuatkan langkah Rania terhenti. 



 

* * * * * * *

 "Mulai dari hari ni, saya akan tidur dekat bilik tetamu sampai saya ingat awak ni siapa, in the meantime saya boleh buat apa yang saya suka dan awak tak perlu ambil tahu hal saya, faham?", kata-kata yang terpacul dari mulut Naeem menunjukkan yang dia memang tidak mahu berkrompomi dengan Rania. Dia benar-benar tidak boleh menerima keputusan Rania untuk kekal duduk serumah. Rania juga menolak keputusannya untuk pindah keluar dan kedua orang tuanya menyokong tindakan Rania. "Sayang faham, walau apa pun abang tetap suami sayang dan sayang akan tetap bersabar sehingga ingatan abang pulih semula. Abang nak tidur dekat bilik tamu pun sayang tak kisah yang penting kita kekal bersama", Rania mencuba menahan air matanya. "Suka hati awaklah, kalau ikutkan hati saya, saya dah lama ceraikan awak. Disebabkan papa dan mama saya bertegas nak saya teruskan hubungan kita jadi saya terpaksa mengalah!" Jeritan Naeem membuat Rania tersentak. "Abang memang perlukan masa untuk pulih... jadi sayang akan tetap bersabar dan berdoa semoga ingatan abang pulih seperti sedia-kala. Sayang akan setia di sisi abang, tolong jangan sebut pasal cerai..." Naeem berasa jengkel dengan kenyataan Rania, dia bangun lalu meninggalkan Rania tanpa berkata apa-apa. Bagi Naeem, Rania seperti orang asing dalam hidupnya dan dia berasa dia tidak perlu menjaga hati gadis itu. "Abang... Abang tak nak makan sekali dengan sayang? Abang?". Naeem tidak mengendahkan panggilan Rania. Tinggallah Rania bersendirian menghabiskan nasi bariyani yang dimasaknya istimewa untuk suami tercinta. Sesungguhnya, dia sangat merindukan saat-saat manis ketika makan malam bersama Naeem suatu ketika dahulu. Ruang makan yang dahulunya hangat dengan kehadiran Naeem kini dingin dan sepi. 




* * * * * * *

"Rania? Hey? Makanan awak okay tak?", suara Azlan menyedarkan Rania dari lamunannya. "Er... Sedap... Makanan sedap sangat...", jawab Rania spontan lalu tangannya pantas mencapai sudu dan garpu. Dia kemudian tersipu malu apabila menyedari bahawa makanan mereka rupanya tak sampai lagi.  "Awak makan apa sedap sangat tu? Pinggan kosong jer..." Azlan cuba menyakat sambil tertawa melihat gelagat Rania. "Maafkan saya Encik Azlan..." "Panggil Azlan sahaja", Azlam menyampuk. "Okay, saya minta maaf Azlan, saya agak gemuruh sebab saya dah lama tak makan malam dengan orang. Selalunya saya balik makan dekat rumah..." Perbualan mereka terhenti apabila pelayan restoran tiba dengan makanan mereka. "Awak tinggal seorang?", Azlan bertanya apabila pelayan telah beredar. Rania menggelengkan kepalanya. "Habis tu awak tinggal dengan siapa?" "I live with my husband...", Rania tersenyum pahit. Azlan tersedak apabila terdengar kenyataan Rania, lantas dia menghirup jus tembikai yang dipesannya. "Awak dah berkahwin rupanya...", Azlan tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya."Kalau awak dah berkahwin, mesti awak selalu makan together dengan suami awak kan...", Azlan bertanya dan cuba berlagak bersahaja. "Not really...", Rania menjawab ringkas tanpa mengangkat mukanya. "Saya minta maaf sebab paksa awak makan dengan saya malam ni, I promise it wont happen again", Azlan cuba memujuk. "Saya tak marah pun Azlan, I'm glad actually...", Rania menyisir rambutnya ke belakang telinganya. "Saya betul-betul ingat awak ni single, rupanya dah kahwin, where's your wedding ring?" "I left it at home dan kenapa saya tak pakai? Well, panjang ceritanya dan saya rasa Encik Azlan tak nak tahu pun..." Azlan tiba-tiba mengangkat tangannya memanggil pelayan restoran. "Saya nak tambah order, bagi saya 4 gelas jus tembikai, thank you" Pelayan tersebut menganggukkan kepalanya. Azlan kemudian mengalihkan pandangannya kepada Rania, "Rania, saya benar-benar nak tahu, berapa panjang pun cerita awak, saya sudi mendengarnya, minuman saya dah order jadi awak boleh mulakan cerita awak sekarang" "Tapi Azlan saya..." "Please, I wont take no as an answer...", Azlan tersenyum sinis. Rania seperti tidak kisah apabila Azlan memaksanya menceritakan perihal hidupnya. Dia merasakan Azlan seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai. Bagi Rania, Azlan tampak tulus dan jujur.  Satu persatu kisah Rania buka untuk pengetahuan Azlan. Azlan hanya mendengar dan tidak terlintas sedikit pun di hatinya untuk menghakimi Rania kerana dia benar-benar telah jatuh hati dengan gadis itu.

* * * * * * *

"Lewat abang balik hari ni", Rania menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Naeem ketika dia tiba di rumah. Naeem menepis tangan Rania, "suka hati aku la nak balik jam berapa pun, ko siapa nak ambil tahu hal aku?". Rania tetap tersenyum walaupun hatinya terguris dengan kata-kata suaminya. "Abang dah makan? Sayang panaskan lauk untuk abang ye" "Tak payah, aku dah makan kat luar, aku penat jadi aku nak mandi kemudian masuk tidur". Naeem serta-merta menaiki tangga tanpa menghiraukan Rania. "Baik abang, selamat malam", Rania menyapu air matanya. Walau apa pun usaha yang dilakukannya untuk berbaik dengan Naeem, Naeem tetap tidak memberikannya peluang. 


 * * * * * * *

"Nia, baik kau minta cerai je dari suami kau daripada hidup merana. Memanglah kau sayangkan Naeem tapi dia dah tak sayangkan kau dah. Setiap kali kau datang jumpa aku cerita pasal Naeem, mesti kau nangis. Dah lebih setahun tau, si Naeem tetap macam tu. Sampai bila kau nak tunggu ingatan dia pulih?", yuna kawan baik Rania membebel. "Entahlah Na, aku pun tak tahu sampai bila aku akan hidup macam ni, aku terlalu sayangkan suami aku", Rania mengeluh. "Kau cerita suami kau ada perempuan lain, dia serius ke? Dia nak kahwin lagi satu?" "Tak tahu", Rania mengangkat bahunya. "Habis tu, kau nak buat apa? Dia dah pandai bawa balik perempuan ke rumah kau, tak kan kau biarkan je?" "Aku tak nampak lagi dia bawa balik perempuan ke rumah,  maid aku yang nampak, aku pun tak pasti nak percaya atau tak bila maid aku cerita kat aku" "Kalau kau nampak sendiri dengan mata kau suami kau bawa balik perempuan, ko nak buat apa pula, minta cerai?". Rania hanya diam kerana dia sendiri tidak tahu apa yang akan dia lakukan sekiranya perkara itu terjadi.

* * * * * * *

"Tak sangka kita berborak sampai lewat malam, i'm sorry sebab awak balik lambat pula", Azlan memberhentikan kereta di hadapan rumah Rania. "Don't worry Azlan, see you tomorrow at my office", Rania melambai sekilas ke arah Azlan. Dia kemudian memandang ke arah tingkap rumahnya. Lampu bilik Naeem masih menyala bermakna suaminya tidak tidur lagi. Perlahan-lahan dia membuka pintu rumahnya. Dia meraba-raba dinding dalam kegelapan untuk mencari suis lampu dan tidak sengaja tertendang sepasang kasut wanita. Setelah berjaya memasang lampu baru Rania perasan bahawa kasut itu bukan miliknya. Ini kasut siapa? Tak kan maid aku pakai heels colour silver kot?  Serta-merta dia teringatkan cerita yang disampaikan oleh maidnya tempoh hari. Dia mundar-mandir sebentar di depan tangga. Naluri wanitanya kuat menyuruhnya untuk naik ke tingkat atas dan menjenguk bilik Naeem. Kedengaran pintu bilik Naeem di buka. Kerana kaget Rania segera bersembunyi di sebalik dinding. "Sayang, where are we going?", jantung Rania tersentap apabila terdengar suara wanita separuh berbisik. 

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015