Skip to main content

-Kerana Ku Sanggup-

Shahrin tergamam. Dengan pantas dia berlari ke hujung tembok bangunan 10 tingkat yang didudukinya. Dia melihat ke bawah. "Tidakkk!!!!!", Shahrin menjerit semahunya. Hatinya luluh dan pedih. Tubuh yang terbaring di atas tempat letak kereta kondominium Sri Idaman tidak lagi bernyawa. Realiti itu sungguh pahit untuk ditelan. Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi. Pipinya mula panas dibasahi air mata yang mengalir deras. Rasa bersalah menular di dalam jiwanya. Ini semua salah aku... Shahrin menyalahkan dirinya. Dia kemudian memandang ke arah gadis yang berdiri beberapa meter di belakangnya lalu berkata, "Please forgive me..."


* * * * * * *

Berulangkali Zana membelek dress putihnya di hadapan cermin. Dia berasa sedikit gemuruh kerana hari ini buat pertama kalinya dia akan menemankan buah hatinya, Shahrin ke majlis ulang tahun perkahwinan orang tua Shahrin. Zana menyikat rapi rambutnya. Untuk sentuhan terakhir, dia mengenakan sepasang anting-anting berbentuk rama-rama ke telinga. Telefon bimbitnya yang terletak di atas katil berbunyi menandakan Shahrin telah sampai di luar rumahnya. Zana berjalan keluar rumah dan terus ke menuju ke kereta Shahrin. Kelihatan Shahrin segak berbaju kameja putih bersandar di tepi kereta. "Hi, gorgeous...", Shahrin menyapa Zana lalu membuka pintu kereta. "Sayang, baju I okay tak?", Zana bertanya. "Sangat-sangatlah cantik... Ini anting-anting yang I belikan ke?", jari Shahrin bermain-main dengan anting-anting di telinga Zana. Zana mengangguk. Shahrin senyum hingga menampakkan lesung pipitnya. "I sayang sangat dengan you, harap mama dan papa pun akan sayang you too", dia mengusap pipi Zana. "I pun sayang you juga", Zana berkata lalu tersengih. "Sengih-sengih, get in the car", Shahrin mencebik. Zana tergelak lalu dia pun melangkah masuk ke dalam kereta.


Zana menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali tapi tidak mampu menyurutkan debaran di hatinya. Dia menggenggam tangan Shahrin dengan erat. "Relaks sayang, you will be fine", Shahrin pun merasa gementar kerana dia berharap kejadian dua tahun lepas tidak akan berulang lagi. Mereka sama-sama berjalan mendekati Dato' Tazidi dan Datin Marina. "Pa... Ma... Happy anniversary", Shahrin memeluk kedua orang tuanya. "Ini hadiah buat papa dan mama", Shahrin menyerahkan bungkusan hadiah di tangannya. "Oh ya, kenalkan, ini Zana", Shahrin memperkenalkan Zana kepada ibubapanya. Zana yang hanya terpaku membuatkan Sharin menyikunya berulangkali. "Eh, hi mak cik, aunty, err... Datin Marina", Zana gugup. Stupid, stupid, stupid... Zana membentak di dalam hati. Zana menghulurkan tangannya kepada Datin Marina untuk bersalam. Datin Marina menyambut tangan Zana dengan dingin manakala Dato' Tazidi hanya mengangguk mesra. Datin Marina memandang Zana dengan renungan yang tajam lalu dia berpaling kepada Shahrin. "Reen, ma ada kejutan untuk Reen", kata Datin Marina seraya matanya melilau mencari seseorang. Suasana majlis itu sungguh mewah. Memang sesuai untuk golongan elit seperi keluarga Shahrin. Kelopak mawar putih memenuhi kolam renang, lantai, meja makan tetamu dan tangga-tangga di luar rumah Shahrin. Lampu neon berwarna kuning dan merah memancar di ruangan pentas. Live band memainkan lagu-lagu klasik. Zana cuba memerhati orang-orang di sekeliling, cuba mencari wajah yang dia kenal namun gagal. Dunia Shahrin memang terlalu asing baginya. "Itu pun Maya", Datin Marina menuding jari ke arah seorang gadis berbaju merah yang sedang menuju ke arah mereka. Shahrin tersentak. Maya? Dia buat apa kat sini? Shahrin tertanya-tanya. Seorang gadis berbaju merah dan berkulit cerah datang ke arah mereka. 


Dua tahun lepas...


Maya menangis teresak-esak di ruang tamu Villa Casa Idaman milik Dato' Tazidi dan Datin Marina. "Saya tak bersalah...", Maya bersuara. "Reen, perempuan macam ni Reen bawa balik untuk menjadi menantu mama!", Datin Marina berkata kasar. Esakan Maya bertambah kuat lagi tatkala mendengar kata-kata Datin Marina. Shahrin mengurut-urut dadanya menahan sabar. Dia tahu Maya tidak bersalah, semua itu hanya propaganda mamanya. "Ma, Reen tahu mama yang upah orang buat semua ni kan", Reen membaling gambar-gambar di tanganya. Gambar Maya separuh bogel terbaring di atas katil bersama seorang lelaki berselerakkan di meja dan lantai. Datin Marina tersentak dengan perbuatan anaknya. "Sharin Tazidi! ", Dato' Tazidi menjerit dari arah pintu masuk rumah. "Reen jangan sekali-kali kurang ajar dengan mama kamu, minta maaf dengan mama kamu sekarang!", Dato' Tazidi mula mendekati mereka. Datin Marina tersenyum sinis. Rancangannya untuk memisahkan Reen dengan Maya berjaya. "Maafkan Reen, ma", Shahrin akur dengan permintaan papanya. Dia bangun lalu menarik tangan Maya dan bergegas meninggalkan rumahnya. Shahrin menekan minyak sekuat hati, keretanya meluncur laju. "Im sorry my mum was to harsh on you", Reen memandang sayu ke arah Maya. "Its okay, mungkin kita tidak ditakdirkan untuk bersama". Itulah kata-kata terakhir dari Maya. Kemudian dia hilang tanpa khabar berita.



Maya menyapu rambutnya yang terjuntai ke belakang telinga. Setelah dua tahun dia meninggalkan Shahrin dan kini jejaka itu berdiri di hadapannya. Dia seakan bermimpi. Setelah balik dari Melbourne 2 minngu lepas, Datin Marina menelefonnya. Beliaulah yang menjemputnya datang ke majlis malam ini. Datin Marina telah meminta maaf tentang perkara yang terjadi dua tahun lepas. Datin Marina juga menyatakan hasratnya ingin menjodohkan dia dengan Shahrin. Hati Maya berbunga tika mendengar permintaan Datin Marina. "Reen...", Maya menyapa Sharin dengan suara separa menjerit. Dia tersangat teruja melihat Shahrin segak di depannya. Kegembiraannya mati di kala melihat gadis yang berdiri di sebelah Shahrin. Shahrin dah ada pengganti? Perlahan-lahan dia menghulurkan tangannya kepada Shahrin. Shahrin masih lagi tergaman dengan kehadiran Maya. Sekian lama dia cuba melupakan gadis itu. Rindu buat Maya masih lagi tersisa di hatinya. Shahrin melepaskan tangan Zana lalu  menyambut tangan Maya. Dengan tidak semena-menanya, Maya memeluk Shahrin. Shahrin tidak menolak pelukan Maya malah dia pun memeluk erat gadis itu. Dia tidak berfikir panjang kerana sememangnya sudah lama dia ingin bertemu dengan Maya. Dua insan merasa gembira kerana bertemu semula tanpa mereka sedari, ada hati lain yang sedang terguris. Zana hanya mampu memandang adegan yang sedang berlangsung di mataya. Itu semestinya Maya, kekasih pertama Shahrin. Mata Zana mula berkaca, dia merasakan kehadirannya tidak diperlukan lagi. Perlahan-lahan dia beredar meninggalkan majlis tersebut. Datin Marina tersenyum melihat Zana berlalu pergi. Dia sengaja membawa kembali Maya ke dalam hidup Shahrin kerana setelah menyiasat latar belakang Zana, ternyata Maya jauh lagi hebat. Datin Marina tidak mahu berbesankan orang kebanyakan.


Zana sengaja membiarkan telefon bimbitnya berbunyi. Dari minggu lepas lagi Shahrin cuba menghubunginya. Kaoru Kafe agak lengang pagi ini mungkin disebabkan hari ini ahad, kebanyakan orang masih lagi tidur dibuai mimpi. Zana meletakkan kepala di atas meja. Dia memejamkan mata. Beberapa hari ni, Zana mengalami kesukaran untuk tidur malam. Semua salah Maya dan Shahrin. Kenapa Shahrin perlu hadir dalam hidup aku kalau akhirnya dia pasti bersama Maya? Zana mengeluh. Seseorang datang dan memegang bahu Zana, "I know I will found you here". Zana mengangkat kepalanya. Shahrin menarik kerusi dan duduk disebelahnya. "Sayang okay? Kenapa hari tu sayang tinggalkan majlis tak bagitahu I? I terkejut sayang tiba-tiba sahaja hilang. I cari sayang kat tempat kerja, diorang cakap sayang cuti seminggu. I call sayang, sayang tak angkat. Akaun fb sayang, sayang deactivate. Sayang sakit eh? Sorry pasal apa yang terjadi malam tu", Shahrin berkata panjang lebar. "Memang I sakit. Sakit hati tengok you peluk orang lain". Zana mengangkat tangan memanggil pelayan yang bertugas, "bil please". "Hey... Sayang nak pergi mana?", Shahrin memegang lengan Zana. "Nak balik!". "I kan dah minta maaf, sayang please", Shahrin merayu. "Reen", Maya tiba-tiba sahaja muncul. "Maya?", Zana tidak percaya Shahrin membawa Maya datang bersama. "Why you bawa dia datang? Nak buat I sakit hati lagi?", Zana mula naik darah. " Sayang, I bawa dia sebab nak kenalkan dengan you, kenal cara baik". "Nak kenal apa lagi? Maya cinta pertama you. You masih sayangkan dia kan?", Zana menekup mukanya. Shahrin bangun untuk menenangkan Zana tapi Zana menepis tangan Shahrin, "Dont touch me!". Semua mata kini memandang ke arah Zana, Shahrin dan Maya. Pekerja yang berada di kedai itu berbisik sesama mereka. Melihat keadaan yang sedemikian, Zana terus mengangkat kaki meninggalkan Shahrin. "Sayang...", Shahrin ingin mengejar Zana tapi Maya menahannya. "Reen, bagi Zana sedikit masa okay, dia perlu menenangkan fikirannya", Maya berkata lembut. Hujan yang sedari tadi  renyai-renyai di luar kedai menjadi semakin lebat. Begitu juga tangisan Zana yang sedari tadi ditahannya kini mencurah-curah membasahi pipi. Dalam hujan, Zana berpeluk tubuh menahan kedinginan. 



Suasana dalam kereta Shahrin sepi. Shahrin buntu memikirkan Zana yang masih marah dengannya. Dia melihat Maya duduk di sebelahnya. Gadis itu sedang tidur, mungkin sebab penat kerana tadi dia menemani mama membeli-belah. Hujan masih belum reda. Dia dah makan belum? Dia masih sedih lagi ke? Shahrin mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar lalu mendail nombor Zana. "Hello...", kedengaran suara Zana di hujung talian. "Sayang, you kat mana?", Shahrin berasa lega kerana Zana menjawab panggilannya. "I kat rumah. You?". " I tengah driving now, you dah makan?". "Belum, you sorang ke?", Zana bertanya ringkas. "Kejap lagi I datang rumah you, we pergi makan nak?", Shahrin mencuba untuk memujuk Zana. "Okay sayang, I tunggu", jawab Zana lalu dia mematikan telefon. "Maya, bangun kejap. I nak tanya ni, simpang masuk your house kat sini ke?", Shahrin mencuit bahu Maya. Maya pura-pura tersedar dari tidur. Sedari tadi dia sebenarnya mendengar perbualan Shahrin dengan Zana. "Malam ni... Malam ni, I tak nak balik rumah. I nak stay with you, boleh? Just for tonight. Please...", Maya memegang lengan Shahrin. "Malam ni sahaja, please... Dah lama we tak borak kan", Maya tersenyum. Entah mengapa, tanpa berfikir panjang, Shahrin menukar haluan menuju ke rumahnya, kondominium Sri Idaman. Serta-merta dia terlupa akan makan malamnya bersama Zana. 


Hujan lebat malam itu membuatkan maya dan Shahrin basah kuyup. Shahrin membuka pintu rumahnya lalu menghidupkan lampu. "Acho~", Maya bersin kerana kesejukkan. "I ambilkan you towel kay, wait", Shahrin masuk ke dala biliknya dan beberapa minit kemudian membawa tuala dan baju untuk Maya. "I rasa lebih baik you pergi mandi dan tukar pakaian. Nanti you demam", Shahrin berkata sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Maya mengangguk dan hanya menurut. "You pergi mandi kay, I nak tukar baju sekejap",  Shahrin masuk semula ke dalam biliknya. Sesudah Shahrin menukar pakaiannya, dia membawa bantal dan selimut ke bilik tetamu yang terletak bersebelahan dengan dapur. Kedengar pintu tandas dibuka menandakan Maya telah selesai mandi. "You, I dah sediakan tempat tidur you, so...", Sharin terpaku melihat Maya yang berdiri di depan pintu. Dia terliur melihat Maya yang memakai baju serba putih. Maya mendekatinya perlahan-lahan. Shahrin cuba mengawal nafsunya dan meluru keluar bilik tetapi Maya sempat menangkap tangan Shahrin. "Reen, please, just for tonight", Maya merenung mata Shahrin dengan manja. Shahrin tewas dengan godaan Maya. Hanyut di dalam dakapan Maya.






Zana menekan loceng rumah Shahrin berulang-kali. Dia berasa risau kerana Shahrin tidak datang ke rumahnya semalam. Hujan agak lebat, dia bimbang Shahrin terlibat dalam kemalangan kerana dari semalam Shahrin tidak menjawab panggilanya. Shahrin dikejutkan dengan bunyi loceng rumahnya. Dia bergegas menuju ke pintu rumah. Dia terkejut melihat Zana berada di depan pintu. "Hi, sayang... ", Zana tunduk kerana malu melihat Shahrin yang hanya berseluar tidur. "Ohw, sorry semalam. We supposed to have dinner together. I lupa sayang", Shahrin menggaru-garu kepalanya. "Im glad sayang okay, ingatkan you kemalangan semalam", Zana menghembus nafas lega. Zana berkira-kira mahu mengajak Shahrin bersarapan bersama tetapi melihat Shahrin yang baru bangun, dia membatalkan hasratnya. "Okay, I balik dulu", Zana melambaikan tanganya. "Awalnya you bangun", kedengaran suara perempuan dari dalam rumah. Zana tersentak. Muka Shahrin berubah menjadi pucat. Zana menolak pintu rumah Shahrin. Maya tengah berdiri di ruang tamu dengan memakai baju Sharin dan rambut kusut-masai. Selama berpacaran dengan Shahrin, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam rumah Shahrin tapi Maya dengan sewenang-wenangnya datang dan bermalam sekali. Hati Zana diterpa dengan kekecewaan yang amat besar. Shahrin sungguh bermakna buatnya. Lelaki itu adalah segala-gala baginya. Dia memang menyimpan hasrat untuk mengahwini Shahrin tetapi setelah apa yang terjadi Zana tekad untuk melupakan Shahrin. "Sampai hati you...", Zana mula memukul lengan Shahrin dan Shahrin membiarkannya. "Sayang, I minta maaf... I tahu I salah... I tak tahu apa yang jadi dengan I semalam. I sanggup buat apa saja asalkan sayang maafkan I, jangan tinggalkan I, you cinta mati I, okay", Sharin berlutut di depan Zana. "Cinta mati? I yang cintakan you separuh mati Shahrin Tazidi. Now I nak buktikan depan mata you, hope you have a happy life with her", Zana tersenyum pahit ke arah Maya dan Sharin. 

Zana berlari dan masuk ke dalam lif. Dia menekan butang 10. Shahrin yang mengejarnya tidak sempat masuk ke dalam lif yang sama. Shahrin seperti dapat mengagak apa yang ingin dilakukan Zana. Dia kemudian mencari tangga kecemasan dan berlari menaiki tangga tersebut. Sesampai di bumbung bangunan 10 tingkat tersebut Shahrin melihat Zana sedang berdiri di atas tembok. "Sayang, stop. Jangan buat macam ni, sayang, please turun dari tembok tu, kita bincang okay", Shahrin cuba memujuk Zana. Zana geleng laju. "Bye...", dengan sekelip mata, Zana terus hilang dari pandangan Shahrin. "Zana!!!!", Shahrin menjerit.


* * * * * * *

Orang awam membanjiri tempat letak kereta kondominium Sri Idaman. Kelihatan dua mayat dipercayai pasangan kekasih ditutup dengan surat khabar. Pengawal keselamatan telah pun menghubungi pihak polis dan mengawal di tempat kejadian. Maya duduk di atas tembok bumbung bangunan 10 tingkat tersebut. Dia tidak percaya Shahrin boleh bertindak sedemikian rupa. Dia mengusap perutnya. Setelah apa yang terjadi semalam, dia mungkin akan mengandungkan anak Shahrin. Angin pagi meniup lembut rambut Maya, dia merenung ke langit dan memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Masa depannya seakan malap. Dia buntu. 


-Tamat-

Comments

  1. ingatkan semalam tdo suda..rupanya kasi abis cerita ni..hihihi...apapn, ada bakat bleh wat novel ni.... :)

    ReplyDelete
  2. Sedih ar citer nie...ader bakat..sian Dato' Tazidi ek...hahaha...jgn lak ader sambungan Dato' Tazidi yg terjun bangunan pasni :P

    ReplyDelete
  3. Haha, Dato' Tazidi jgan lah terjun ye~ Ni cerita rekaan je, =p

    ReplyDelete
  4. Nice 1 bebeh..! hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015