Skip to main content

-Takoyaki-

Sabtu lepas, aku pergi menemankan bff ke salon yang terleta di The Mines. Disebabkan si kawan ni ambil masa yang lama sangat untuk buat rambut, aku pun ambik kesempatan berjalan-jalan seorang diri. Penat jugalah pusing-pusing dalam The Mines ni dengan tak ada arah tujuannya tapi kita selalu cakap tengah Window Shopping gittew! Disebabkan lapar, jadi aku pun  pergilah ke tingkat bawah sekali sebab dekat situ banyak gerai dan kedai makan. Disebabkan bajet pun tengah koyak (beginilah cerita sedih seorang pelajar, titik.) Aku terpandang satu gerai nama takoyaki menjual makanan jepun. Haip haip, hajimemashite, watashiwa ella des! Saja test skill bahasa jepun bila nak order tapi minah kat gerai tu pandang aku macam boleh tak ko main jauh-jauh sikit dik, hahaha...

-Perasan jadi minah jepang jap-

Aku pun orderlah Takoyaki Cheese Sausage dan air Green Tea. Selain takoyaki, ada lagi menu lain seperti Takoyaki Udon dan Okonomiyaki. Tapi like i said earlier, poket dah berlubang, jadi aku pun belilah Takoyaki yang harga cuma RM4.80 dan air harga RM1.80. Harga keseluruhan bawah 10 ringgit, okay lah tu (sedapkan hati)... Takoyaki yang dihidang ada 4 biji, aku larat habiskan 3 biji jah, terus rasa kenyang... Dan minum air teh hijau yang pahit, macam rasa lumut sedap. Favourite drink aku memang teh hijau tetapi selalunya teh yang aku minum kena tambah gula atau madu. Tapi nak menghayati cara makan dan minum masyarakat Jepun punya pasal, aku telan jalah air tersebut, tapi minum tak habis pun, haha...

-Cawan biru yang comel-
Setelah habis menjamah, barulah penulis perasan, rupanya ada lagi makanan yang lagi murah dari takoyaki, Chawan Mushi harga RM2.80 sahaja. Argh... Tidakkkkkk...  Dah rugi 2 ringgit... Uwaa...😭😭😭

-Terkejut minah tu bila aku order cakap jepun, ahaha-
Nota: kalau rasa-rasa nak makan, bolehlah makan Takoyaki yang tinggal 1 biji itu. Penulis belanja (dah kenyang baru nak bagi free, ahaha). Nak tahu lebih lanjut mengenai Takoyaki, sila lawat link di bawah. Artikel tersebut mengajar cara-cara membuat Takoyaki anda sendiri di rumah. 

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015