Skip to main content

-Kekasih gelapku-

"Selamat Hari Jadi Vel", Valerie berkata seraya meniup lilin pada kek coklat yang dibelinya pagi tadi. Dia lalu memotong kek tersebut menggunakan pisau yang dipegangnya. Dia kemudian membuka kotak hadiah yang terletak di tepi kek tersebut. Kotak tersebut merupakan hadiah hari jadi daripada Sheldon. "Thank You Sheldon", Valerie berkata lagi lalu memasang rantai loket berbentuk rama-rama di lehernya. Valerie memandang Sheldon yang duduk berdepan dengannya. "Makanlah kek coklat tu dear...", Vel berkata dengan lembut. "You nak I suapkan?", Vel menyuakan secebis kek coklat ke mulut Sheldon.

* * * * * * *

Setahun yang lepas...

"Miss, I nak tanya, buku 'All because of you' by Melissa Hill ada jual tak?", seorang lelaki lewat 20-an bertanya kepada Valerie yang sedang mengemas stok buku-buku yang baru sampai semalam. "I tak pasti, I kena periksa dulu sebab banyak sangat stok buku yang baru sampai. You dah tengok semua buku yang terdapat di dalam kedai ni ke?", Valerie berkata sambil tangannya sibuk melekatkan kod pada setiap buku. Dari tadi Valerie khusyuk membuat kerja dan hanya menjawab kepada pertanyaan lelaki tersebut tanpa mengangkat kepala. "Can you please give me a call after you found the book?", Lelaki tersebut menghulurkan sekeping kad nama kepada Valerie. Valerie mengambil kad nama tersebut lalu mengangkat mukanya. Untuk seketika Valerie terpesona melihat lelaki tinggi kacak yang bertubuh sasa di hadapannya. "Dont forget to call me okay erm... Valerie?", kata lelaki itu sambil memandang tag nama pada baju Valerie. Valerie hanya mengangguk perlahan. Lelaki tersebut senyum lalu berlalu pergi. Valerie melihat pada kad nama di tangannya. Tertera nama Sheldon Hiro Tatsuka. I will definitely call you Mr Sheldon, Valerie berkata sendiri. 


11 bulan lepas...

Valerie sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Dia menutup kesemua lampu dan penghawa dingin yang terdapat dalam kedai tersebut. Begitulah rutin hariannya bekerja sebagai pengurus kedai buku. Valerie melangkah keluar. Sedang dia mengunci pintu kedai tiba-tiba satu suara menyapanya dari belakang, "Hai Valerie". Valerie menoleh. Sheldon sedang berdiri di belakangnya. "Hai!", Valerie menjawab separa menjerit. Dia tidak dapat menyembunyikan riak gembira di wajahnya. "Terima kasih sebab tolong cari buku yang I nak tempoh hari". "Sure...", Valerie menjawab ringkas sambil tersenyum simpul. "You dah nak balik ke?", Sheldon bertanya. Valerie mengangguk malu. "Apa kata I hantar you balik sebagai tanda terima kasih. Before that, can we grab something to eat. You tinggal kat mana?", Sheldon mengajak Valerie dengan bersungguh-sungguh. "I tinggal dekat Ampang. Its okay, I boleh naik public transport", Valerie menolak lembut. " Perlahan-lahan Sheldon mendekati Valerie lalu dia memegang erat tangan Valerie. "Jomlah, I hantar you". Valerie terkejut seraya menarik tangannya. "Why? You tak percayakan I ke?", Sheldon berkata kemudian memegang semula tangan Valerie. Valerie hanya mendiamkan diri. Hatinya berdebar-debar. Dia tahu, dia tidak mampu untuk menolak kerana dia benar-benar telah jatuh cinta dengan Sheldon sejak kali pertama mereka bertemu. "Trust me okay," Sheldon berkata lalu tangan kirinya mencubit pipi Valerie.  "Jom!", Sheldon menarik tangan Valerie. Valerie melangkah berat. Mereka menuju ke arah kereta Camry bewarna merah yang terletak beberapa meter dari kedai buku. 


10 bulan lepas...

Pintu rumah Valerie diketuk. Dengan malas sambil menggosok-gosok matanya, Valerie berjalan ke pintu. Valerie yang masih lagi dengan rambut kusut masai membuka pintu rumahnya. Sheldon meluru masuk tanpa dipelawa. "Good morning dear", Sheldon mengusap-usap pipi Valerie. "You, why tak beritahu I yang you nak datang?", Valerie berkata dengan nada tidak puas hati. "I come to suprise you, cutie pie", kali ini Sheldon mencubit hidung Valerie pula. "Argh, sakitlah", Valerie membentak kerana marah. Sheldon ketawa tebahak-bahak. "Okay, I minta maaf, now tell me, you nak makan apa? I masak untuk you", Sheldon berkata sambil berjalan ke dapur. Valerie menurut sama ke dapur lalu melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan meja makan. "You pandai masak ke?", Valerie bertanya dengan rasa ragu-ragu. "Of course dear, Im a chef, I own a restaurant!", Sheldon menjawab dengan mendabik dada. "Ceh, berlagak, alright chef, impress me!", Valerie berkata sambil tersenyum manja. Sheldon kemudian memasak Thai Green Curry chicken and Pineapple fried rice untuk Valerie. Hari itu, Valerie begitu berselera menjamu hidangan yang dimasak oleh Sheldon.


9 bulan lepas...

Semalam Sheldon sempat berpesan kepadanya seusai habis kerja Valerie harus memakai baju yang dia hadiahkan tempoh hari. Baju tersebut berupa dress singkat berwarna ungu. Valerie menanti kedatangan Sheldon di luar kedai buku. Kereta Camry merah berhenti di hadapannya. Valerie masuk ke dalam kereta. "Selamat hari kekasih. You look beautiful tonight Valerie", Sheldon memberi sejambak bunga tulip ungu kepada Valerie. Malam itu, Sheldon membawa Valerie makan malam di sebuah restoran yang terletak di tepi pantai. Mereka makan berbumbungkan langit yang dihias bintang. Kebetulan malam itu bulan penuh. Hati Valerie berbunga gembira. Sebelum melangkah keluar dari kereta Sheldon malam itu, Valerie menghadiahkan ciuman dekat pipi Sheldon, "Thank you for tonight Sheldon...".


8 bulan lepas...

Hujan lebat beserta guruh dan petir sambung-menyambung di luar membantutkan hasrat Valerie untuk pulang ke rumah. Valerie duduk di atas kerusi yang terdapat di dalam kedai buku tempat kerjanya. Dia berasa sangat penat dan juga lapar. Valerie melelapkan matanya sementara menanti hujan reda. Tak sampai limabelas minit Valerie menutup mata, terasa dahinya dikucup hangat. Valerie segera membuka mata. Sheldon tersenyum memandangnya. "Hye cutie...", Sheldon mengusap pipi Valerie. "Hmm, you must be tired. I ada bawakan you sandwich", Sheldon menunjukkan beg kertas di tanganya. "You nak makan sekarang atau you nak makan kat rumah?", Sheldon bertanya. Valerie tak menjawab sebaliknya hanya memeluk erat perut Sheldon. "I tak nak makan sandwich, I nak makan you", Valerie berkata nakal. Sheldon hanya mampu ketawa dengan gelagat Valerie.

7 bulan lepas...

Valerie terjaga apabila telefon bimbitnya berbunyi. "Hello...", Valerie menjawab dengan suara yang serak. "Valerie, its me Sheldon. I kat luar rumah you, I baru lepas kemalangan", Sheldon berkata lemah. Valerie terkejut. Dengan segera dia menuju ke pintu dan membukanya. Kelihatan Sheldon tengah bersandar pada dinding. "Penat I ketuk pintu rumah you", Sheldon tersengih. "You okay tak? Ada cedera kat mana-mana?", Valerie bertanya cemas sambil membelek-belek badan Sheldon. "Im fine. Tak cedera pun. Cuma kereta I remuk sikit", Sheldon menjelaskan keadaannya. "Boleh tak I nak tumpang tidur kat rumah you? I tak larat nak drive balik", kata Sheldon dengan muka simpati. "Ya, sure, come in", Valerie mempelawa Sheldon masuk. Sheldon terus baring di atas sofa. "I bawa bantal dan selimut untuk you, okay", Valerie melangkah ke biliknya. Sekembalinya ke ruang tamu, Sheldon telah tidur dengan nyenyaknya. Valerie menyelimutkan Sheldon dengan selimut berwarna biru. "I love you dear", Valerie berkata sambil merenung wajah Sheldon. Tiba-tiba Sheldon yang disangkakan sedang tidur menarik tangan Valerie lalu Valerie rebah ke dalam pangkuan Sheldon. "Come sleep with me", Sheldon berbisik ke telinga Valerie. Valerie segera bangun lalu berkata," jangan nakal-nakal okay, dah I nak masuk tidur". Valerie sempat menjelirkan lidahnya ke arah Sheldon sebelum masuk ke bilik. Sheldon hanya mengenyitkan mata sebagai tanda tidak puas hati.

6 bulan lepas...

 "You nak I nyanyi lagu apa?", Sheldon berkata kepada Valerie sambil memegang sebatang mop. Valerie yang tengah mengelap kipas rumahnya sekadar menggeleng. Sheldon lalu memakai kaca mata hitamnya dan membuat gaya ala-ala Elvis Presley. "Okay sexy lady. This song is for you", Sheldon menuding jari ke arah Valerie. Sheldon memyanyikan lagu 'Love Me Tender' nyanyian Elvis Presley. Valerie tidak mengendahkan Sheldon. Dia hanya tertawa kecil dan sekali-sekali melirik ke arah Sheldon yang sedang seronok menyanyi. Sememangnya Valerie sangat bahagia dengan adanya kehadiran Sheldon dalam hidupnya.
                  
5 bulan lepas...

"Bulan depan I nak ke Singapura. You nak ikut tak?", Sheldon bertanya dalam perjalanan menghantar Valerie pulang ke rumah. "I nak buat apa ikut you?", Valerie bertanya sambil menoleh ke arah Sheldon yang tengah memandu. "We pergi bercutilah. Jangan risau, semua perbelanjaan I tanggung", Sheldon menjawab. "Tapi I tak boleh cuti lama-lama dear nanti bos I marah", Valerie berkata risau. "Ala you, we pergi kejap sahaja. Bertolak hari jumaat then balik hari ahad", Sheldon cuba meyakinkan Valerie. "Jomlah ikut I pergi bercuti, please", Sheldon merayu. Setelah berfikir sejenak, Valerie kemudian bersetuju. Sheldon tersenyum puas.

4 bulan lepas...

Setelah puas meronda-ronda sekitar Singapura, Valerie dan Sheldon pulang ke bilik hotel tempat mereka menginap. Mereka menginap di sebuah hotel di pinggir bandar dan mereka juga berkongsi bilik yang sama. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke bilik, Sheldon dengan segera menutup pintu. Dia kemudian menarik lengan Valerie lalu menolak Valerie ke dinding. Sheldon merapatkan tubuhnya dengan Valerie. Valerie kaget. Mata Sheldon merenung tepat ke mata Valerie. Perlahan-lahan Sheldon mendekatkan bibirnya ke wajah Valerie. Valerie memejamkan mata. Sheldon tergelak kecil. "Kenapa?", Valerie bertanya lalu membuka matanya.  "This is your first time, right?", Sheldon meneka. Tekaan Sheldon ternyata benar apabila Valerie hanya menunduk malu. "Do you love me Valerie?", Sheldon bertanya lembut. "Yes!", jawab Valerie. "So... May I?", jari Sheldon memegang butang baju Valerie. Valerie hanya mengangguk perlahan. Malam itu, buat pertama kalinya Valerie kehilangan mahkota dirinya di tangan seorang lelaki.

3 bulan lepas...

Sudah dua minggu Sheldon tidak berkunjung ke kedai buku tempat Valerie bekerja. Sepanjang dua minggu itu jugalah Valerie balik sendiri ke rumah. Berkali-kali Valerie cuba menghubungi Sheldon melalui telefon namun panggilannya tidak dijawab. Sheldon juga tidak pernah lagi datang ke rumahnya sejak mereka kembali dari Singapura. Valerie mula merindui Sheldon. Saban hari dia mengharap Sheldon akan datang menjenguknya. Dia mula tertanya-tanya ke manakah Sheldon menghilang. Seribu persoalan bermain-main di kepala Valerie. Valerie sangat merindukan Sheldon sehinggakan setiap mata Valerie tidur bertemankan air mata. I miss you Sheldon, bisik Valerie pada diri sendiri setiap kali dia teringatkan Sheldon.



2 bulan lepas...

Sudah genap sebulan Sheldon menghilang diri dari hidupnya. Valerie berjalan sendiri di sebuah pusat membeli-belah. Hari ini dia tidak bekerja.  Dia bercadang untuk menonton wayang untuk mengisi masa lapang. Dia kemudian beratur untuk membeli tiket. Sedang dia beratur, dia terpandang satu susuk yang memang dia kenal. Sheldon sedang berjalan keluar dari panggung wayang sambil berpegang tangan dengan seorang wanita. Valerie berasa gembira dan keliru pada masa yang sama. Dia berlari ke arah Sheldon. "Sheldon!", Valerie memanggil Sheldon. Riak wajah Sheldon berubah apabila terlihat Valerie. Dia kemudian membisikkan sesuatu ke telinga wanita tersebut dan wanita tersebut berlalu pergi. "Hai Valerie...", Sheldon berkata dengan nada yang teragak-agak.  "Sheldon, you pergi mana selama ni? I miss you so much," Valerie lega dapat bertemu Sheldon. "Im sorry, lately I busy sangat", Sheldon menjawab ringkas. "Its okay. Siapa perempuan dengan you tadi?", Valerie bertanya. "Erm... itu... Nanti I explain to you Valerie, I promise I datang ke rumah you, I kena pergi sekarang, ada hal penting", Sheldon mahu melangkah pergi. Valerie menghalangnya dengan merangkul lengan Sheldon. "You promise datang cari I okay... Promise me...", kata Valerie dengan sayu. "Yes I promise, tak lama lagi your birthday right, nanti I belikan you present", Sheldon senyum kepada Valerie lalu cuba melepaskan pautan tangan Valerie dari lengannya. Sheldon mula berasa malu apabila terdapat banyak mata memandang dia dan Valerie. "Promise me you will come and look for me, promise me, promise!", Valerie berkata lagi. "Yes, I promise!", Sheldon menjawab ringkas dan menarik tangannya dengan keras lalu melangkah dengan laju meninggalkan Valerie. Valerie hanya berdiri melihat kelibat Sheldon hilang dari pandangan mata. Dia menangis di dalam hati.

Sebulan lepas...

Kedengaran pintu rumah Valerie di ketuk. "Sheldon!", Valerie berlari ke arah pintu dan membukanya. Memang benar Sheldon yang datang. "Hai Valerie", Sheldon mengangkat tangannya. "You datang juga akhirnya, come in", Valerie menjemput Sheldon masuk. Sheldon hanya berdiri statik. "Its okay, I just nak beritahu, I sebenarnya sudah dua tahun berkahwin", Sheldon menunjukkan cincin di jarinya yang selama ini Sheldon tanggalkan sepanjang bersama Valerie. "Perempuan yang you nampak tempoh hari is my wife. Im sorry for everything. I tak pernah cintakan you. I hanya anggap you sebagai kawan rapat. Next month is your birthday, here is my present for you", Sheldon menghulurkan sebuah kotak kepada Valerie. Valerie tersentap mendengar kata-kata Sheldon. Mata Valerie berkaca. "Kawan rapat? You said you love me!", Valerie menjerit. "No, I tak pernah lafazkan kata-kata tersebut!", suara Sheldon keras. "Kita telah tidur bersama, i mean had sex...", Valerie tidak dapat menghabiskan kata-katanya. "Its only one night standyou sendiri merelakan semua itu terjadi, I tak paksa you pun...", Sheldon berkata sinis. Mereka berdua senyap untuk seketika. Perlahan-lahan Valerie mengukir senyuman. "Baiklah, I terima yang kita hanya kawan rapat", Valerie berkata tenang. "Bukan you seorang sahaja lelaki di dunia ini", Valerie menambah lagi. Sheldon menarik nafas lega. "Disebabkan kita sudah tiada apa-apa hubungan special lagi", Valerie berkata dengan menekankan perkataan special. "I nak you ambil semula barang-barang you dalam rumah I, boleh?", Valerie berkata lalu memandang ke dinding. Sheldon mengangguk setuju lalu masuk ke rumah Valerie.

* * * * * * *

Kelihatan di kaca televisyen, berita melaporkan tentang kes kehilangan seorang chef bernama Sheldon Hiro Tatsuka. Beliau telah hilang selama beberapa minggu dan sehingga kini tiada maklumat baru mengenai kes beliau. Valerie mematikan televisyen rumahnya. Dia kemudian memandang ke arah Sheldon. "You tak suka kek coklat dear?", Valerie bertanya. Sheldon tidak menjawab kerana mulutnya disumbat dengan kain. Tangan, kaki dan badannya di ikat dan di selotape pada kerusi. Sheldon berasa sangat lemah. Sudah beberapa minggu dia dikurung di rumah Valerie. Hanya sekali-kala dia menjamah makanan yang Valerie suapkan ke mulutnya. Valerie bangun dan mendekati Sheldon. Dia memeluk leher Sheldon dari arah belakang. "Selepas malam ini, kita akan bersama untuk selama-lamanya Sheldon. I love you so much", Valerie mencium pipi Sheldon. Valerie memegang kemas pisau di tangannya. Perlahan-lahan Valerie menoreh leher Sheldon. Darah mencurah-curah keluar dari leher Sheldon. Sheldon menggelupur kesakitan untuk beberapa saat dan kemudian badannya kaku. Valerie membuang pisau tersebut ke lantai. Dengan tangan yang berlumuran darah, dia mengambil wayar telefon rumahnya lalu dia pun menggantung diri di kipas sehingga mati.   
          
-Tamat-

Nota:
1. Untuk kaum perempuan, kalau nak sayang lelaki, jangan sayang 100%, jangan sampai maruah diri tergadai. Bak kata pepatah 'habis madu sepah dibuang'. Kalau sayang lelaki, berpada-padalah selagi belum ada ikatan yang sah. Kalau belum kahwin, dah bagi macam-macam dekat lelaki, menyesal tak berlagulah kesudahannya.

2. Untuk kaum lelaki, jangan suka mempermainkan perasaan perempuan. Jangan merosakkan anak dara orang. Ingat! What goes around comes around! Tuhan itu Maha Adil. Hari ini kita rosakkan anak dara orang, entah esok lusa, anak sendiri pula yang kena balik. Beringat-ingatlah.

Comments

  1. ahaha, baguslah ko ni aimi, setia betul dengan carita aq... Thanx... :)

    ReplyDelete
  2. hehe, u welkem... aku cuma mnghargai hasil org yg berkarya, chewahhh... ;p

    ReplyDelete
  3. OMG! My name is vel and I have a friend named Sheldon.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015