Skip to main content

Tentang Rasa (Preview)

Omar menekan minyak, keretanya sekarang berada pada kelajuan 120 km/j. Otaknya bercelaru. Beberapa kali Omar memalingkan kepalanya memandang Sheril. Sheril yang duduk disebelahnya kelihatan tenang. "Sheril...", Omar berkata lembut sambil tangannya menyentuh lembut pipi Sheril. Sheril menepis tangan Omar. Dia melarikan pandangannya ke arah tingkap lalu mengeluh panjang. Dari tadi Sheril mencuba untuk menahan air matanya. Dia tidak ingin menangis di hadapan Omar, dia tidak memerlukan simpati dari lelaki itu. "I cant do this any more! We should stop...", Sheril akhirnya bersuara. "Jangan cakap macam tu, I love you Sheril...", Omar mengusap rambut Sheril. "Dont touch me!", Sheril berkata lantang. Serta-merta Omar menekan break dan memberhentikan keretanya di tepi jalan. "Pandang muka I sekarang!", Omar berkata serius. Sheril hanya membatukan diri. Omar menarik tangan Sheril lalu dikucupnya dengan lembut. "Do you love me Sheril?", Omar bertanya. "Yes...", Sheril menjawab. Suaranya bergetar menahan sebak. "Then, i will never let you go!", Omar berkata, dia nekad. "No... No... No... I can't be with you", Sheril menggelengkan kepalanya lalu meluru keluar dari kereta.

* * * * * * *

"Awak boleh pinjam nota saya kalau awak nak", Syida menghulur buku nota birunya kepada Omar. "Err, its okay... Awak ni siapa?", Omar mengerutkan dahinya. "Oh, sorry, saya Syida. Im your coursemate. Dah lama awak tak datang kelas. Tak lama lagi nak final exam. Disebabkan awak dah banyak ketinggalan, perhaps my notes can help you", Syida menghulurkan buku notanya lagi sekali. Omar masih lagi keberatan untuk mengambil buku nota tersebut. Syida meletakkan buku notanya di atas meja. "Its free. Awak boleh pulangkan bila-bila masa awak nak okay," Syida berlalu pergi sambil tersenyum lembut. Omar hanya diam sambil telan liur. Dia tidak mungkin dapat melupakan senyuman manis Syida. 


Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh...

7 LAMAN WEB ONLINE SHOPPING PAKAIAN KANAK-KANAK YANG PERLU ANDA LAWATI

Anda ingin mengayakan anak-anak anda dengan pakaian trend terkini, namun anda tidak tahu dimana untuk mendapatkan pakaian yang memenuhi citarasa mereka? Ada banyak laman web shopping online pakaian kanak-kanak yang popular di Malaysia ini. EVERMINE Evermine menampilkan koleksi pakaian kanak-kanak yang direka secara teliti dengan mempertimbangkan kualiti dan keselesaan. Perhatian lebih diberi kepada perinciaan rekaan yang membuatkan setiap rekaan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.  Laman Web: Evermine Malaysia KENIT KID Kenit Kid merupakan koleksi pakaian yang direka oleh seorang ibu yang kreatif dengan menggabungkan gaya yang tidak lapuk dek zaman dan kain yang berkualiti. Menjadikan lima orang anaknya sebagai sumber inspirasi terbesar, pereka ini juga turut menggabungkan minatnya kepada seni fesyen kepada semua perkara yang disukai dan diinginkan oleh anaknya. Kenit Kid percaya semua kanak-kanak haruslah berpakaian kemas, sesuai d...

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆