Skip to main content

eTunai Rakyat 2020 - Tebus RM30 Kredit Ke Akaun Anda

Pelaksanaan inisiatif e-Tunai Rakyat telah pun dilancarkan pada 15 Januari 2020 yang lepas dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta bertujuan untuk merangsang penggunaan e-dompet dan pembayaran digital di kalangan pengguna dan pedagang tempatan. 



Melalui program ini, sebanyak RM30 layak ditebus oleh warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan tahunan kurang dari RM100,000 melalui pengendali e-dompet terpilih dan penebusan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui pengendali e-dompet yang sis nyatakan itu. (jangan tamak mo tebus banyak kali aa, kehkehkeh). 

Penebusan wang e-Tunai ini boleh dibuat melalui tiga pengendali e-dompet iaitu:-


1. Boost

 Tekan gambar ke laman Boost
Tekan gambar untuk ke laman Boost


2. Grab

Tekan gambar untuk ke laman Grab

3. Touch n Go 


Tekan gambar untuk ke laman Touch n Go

Cara untuk tebus RM30 adalah mudah sahaja, anda hanya perlu mengikut langkah-langkah berikut:-

1. Muat turun aplikasi e-dompet pilihan anda (Boost, Grab atau Touch n Go) dari App Store ataupun Google Play dan daftar akaun anda.

2. Tekan pada butang atau ikon e-Tunai.

3. Masukkan refferal code, jikalau ada.

Sebagai contoh: nur2faz8 - referral code sis untuk aplikasi BoostBila kita tebus e-Tunai, orang empunya referral code pun akan dapat point. Jadi gunalah referral code sis aa. Maseh!!! Muka x malu, hahaha...

4. Sahkan maklumat dan kad pengenalan anda.

Pengesahan kad pengenalan ini adalah langkah yang sedikit mencabar kerana anda perlu mengambil gambar kad pengenalan bersama selfie muka anda. Sis pun terkena juga ketika selfie muka sendiri, keluar notification failed, face not detected. Apa??? Muka sis ni kategori alien ka sampai x kena detect? Bikin heran! Setelah 1 hari 1 malam gigih mencuba selfie muka sendiri, akhirnya sis berjaya, yeayyy.

Tips kejayaannya adalah jangan selfie di waktu malam kerana pencahayaan kurang lagi-lagi kalau bergambar di bawah lampu akan ada bayang-bayang atau sebahagian muka kita menjadi kabur. Ambil selfie di siang hari, paling cantik dekat dengan tingkap sebab cahaya matahari akan membuatkan muka kita berseri-seri macam kerang busuk. Yang paling penting, kena gerakkan muka anda ke kiri dan kanan sehingga kamera capture muka kita.  

5. Akhir sekali, tekan butang hantar

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 1-2 hari untuk permohonan anda disahkan. Senang kan!!!

Program ini akan tamat pada 14 Mac 2020, jadi rebutlah peluang dan tebuslah secepat mungkin. 

Sis dah dapat Rm30, dah habis belanja dah pun. Burppp... Terima kasih rakyat dan kerajaan Malaysia. Haha...

Hari ni tebus, hari ni juga habis pi makan KFC... Haha...

Comments

  1. hahaha lawak gilak.. sedapnya KFC.. terima kasih kerajaan πŸ˜†

    ReplyDelete
  2. The Best Blackjack Games in NYC - Mapyro
    Play Blackjack with an estimated RNG 평택 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ of ꡬ미 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ $2,500. The object of this μ‹œν₯ 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ table is to have the best possible μšΈμ‚°κ΄‘μ—­ 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ range in poker hands. In addition, it has to be played on a κ΄‘λͺ… 좜μž₯샡

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015