E2812 baru sahaja meninggalkan motel ini. Dia hanya membawa tas tangannya, ku kira mungkin dia keluar sebentar untuk makan malam. Pasti komputer riba itu ada di dalam biliknya. Ini peluang keemasan bagi kau Jay! Aku membuang puntung rokok ke lantai lalu memadamkan sisa bara dengan menguis puntung rokok menggunakan kasut.
Setibanya aku di hadapan bilik target, aku berpura-pura mencari kunci dalam poket seluar untuk mengelak dari disyaki oleh sepasang suami isteri yang sedang lalu dihadapan bilik target. Usai mereka menuruni tangga, dengan segera aku memasukkan pin khas ke dalam tombol pintu. Dengan hanya sekali putar, aku berjaya membuka pintu tersebut. Ceh, dah namanya motel murah, haruslah pintu bilik pun kualiti rendah. Aku tersenyum bangga. Bilik itu hanya diterangi cahaya lampu dari luar jendela. Aku mengeluarkan lampu suluh dan mula menghampiri katil. Terlihat komputer riba yang ku cari terletak kemas di atas katil. Okay, that was easy. Sekarang kau hanya perlu mendapatkan semua maklumat yang kau perlukan Jay. Aku memasukkan pendrive dan mula mencari data yang aku perlukan. Aku tersentak apabila terdengar tombol pintu diputar. Segera aku bersembunyi di belakang tirai. Lampu bilik dinyalakan. Suasana senyap seketika. Perlahan-lahan bunyi derapan tapak kaki semakin hampir. Langsir diselak dengan menggunakan muncung pistol. Sekarang pistol diposisikan tepat di dahiku. "Kau buat apa dekat bilik aku?", E2812 berkata dengan nada marah lalu menarik picu. Aku kaget dan mati kata. Mampus kau kali ni Jay, mampus!!!
* * * * * * *
Comments
Post a Comment