Skip to main content

-Perpisahan Terakhir- (Jay)

Aku hanya mampu memandang sayu wajah Nana yang berdiri di hadapanku dengan troli pakaian. Hati ku terguris melihat gadis itu menangis. Perlahan-lahan aku mendekatkan jariku ke pipi Nana kerana ingin menyeka air mata insan yang aku sayang itu. Namun hasratku terbantut apabila papa Nana menghampiri kami. "Nana, kita kena bertolak sekarang", kata Encik Maidin lalu mengambil troli pakaian Nana dan menyimpannya ke dalam bonet kereta. Nana masih tidak berganjak. "Nana, please stop crying. Nanti kita boleh jumpa lagi, kalau ada cuti yang panjang, Jay akan datang lawat Nana, okay", aku mencuba memujuk Nana. Nana geleng, "kita tidak akan bertemu lagi Jay". "Why not?", aku menyoal keliru dengan kenyataan Nana. "Sebab Nana sebenarnya bukan pergi kerana berpindah tetapi...", Nana tidak menghabiskan ayatnya. "Nana, kita kena bertolak sekarang!", Encik Maidin berkata keras. Air muka Nana berubah menjadi takut apabila menerima jelingan tajam dari papanya, segera Nana masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. 



Encik Maidin hanya memandangku sekilas lalu dia pun masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.  "Selamat tinggal Nana, Encik Maidin", aku melambaikan tangan. Setelah kereta mereka bergerak sejauh kira-kira 300 meter tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi beberapa das tembakan. Kereta yang dipandu Encik Maidin hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. "Nana!!!", aku berlari sekuat hati ke arah kereta mereka. Setibanya aku di sana, aku terlihat Nana terbaring di tempat duduk belakang dan bahu kirinya berlumuran darah. Aku membuka pintu kereta dan cuba menarik Nana keluar. Belum sempat aku berbuat demikian aku terasa hentakan yang kuat di kepalaku. Aku menoleh ke belakang, satu lagi hentakan singgah di pipiku. Seorang lelaki telah memukul aku dengan menggunakan cota. "Arghhhh!!", aku segera rebah ke atas jalan raya. Aku melihat Nana dan papanya dipapah keluar dari kereta oleh beberapa orang lelaki. "Nana...", aku tidak berdaya untuk menghalang mereka. Pandangan aku semakin lama semakin kabur dan tidak lama selepas itu aku terus tidak sedarkan diri.





Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015