Skip to main content

Hilang Naluri (Preview)

Rania bersiul keriangan sambil tangannya ligat mengeringkan rambut menggunakan tuala. Dia kemudian mencapai pengering rambut tapi meletakkannya  semula di atas meja apabila dia terdengar loceng rumahnya berbunyi.  Dia sempat melirik jam dinding di ruang tamu. Baru jam 10.40 pagi, awalnya Azlan dah sampai, bukan janji nak datang jam 12?  Rania membuka pintu rumahnya. “Hello Rania…”, Naeem menyapa sambil bibirnya menguntum senyuman. “Naeem… Ada apa datang rumah I pagi-pagi ni?”. Rania terkejut dengan kehadiran Naeem tapi dia cuba berlagak tenang. Naeem tidak menjawab pertanyaan Rania sebaliknya dia menghulurkan sekuntum bunga ros hitam.  “Tahniah. I dengar you akan berkahwin tak lama lagi. Bunga ni pemberian ikhlas dari I sempena perkahwinan you.” Rania teragak-agak untuk menerima bunga tersebut. “Don’t worry, take it. It’s only flower. Flower won’t hurt you, Rania. Okay, kalau you terima bunga I, I promise I tak akan ganggu you lagi”, Naeem tersenyum sinis. Perlahan-lahan Rania mencapai bunga ros tersebut dari tangan Naeem. “Ouch!”, jari Rania terluka dek kerana duri dari bunga ros. “You terluka Rania. Let me see”, Naeem memegang jari Rania. Dia kemudian membuka plaster yang terlekat pada jarinya lalu melekatkannya pada jari Rania yang ditusuk duri. “I pun terluka juga Rania. Sakit… Sakit sangat… Kalau I buat macam ni, pasti you pun rasa apa yang I rasa…”, Naeem menekan jari Rania yang terlekat plaster. Rania mengerut dahi menahan sakit. Naeem kemudian memaut leher Rania lalu merapatkan bibirnya ke telinga gadis itu, “kalau I menderita, you pun harus menderita sama, Rania”. Rania menepis tangan Naeem dari lehernya, “you dah gila Naeem! Pergi dari sini! Jangan ganggu I lagi!”. Dengan pantas Rania masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Naeem tersenyum puas lalu beredar meninggalkan rumah Rania. Dendamnya kini sudah terbalas.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015