Skip to main content

PERTANDINGAN MAKE-UP & HAIR-DO DARI RUMAH BERTEMAKAN 'UNDUK NGADAU' DARI RUMAH TAWAR HADIAH BERJUMLAH RM5,000


Buat julung kalinya pertandingan solekan dan dandanan rambut dari rumah bakal diadakan dengan bertemakan 'Unduk Ngadau'. Pertandingan yang dianjurkan oleh Real Beauty Sdn Bhd ini diadakan bertujuan untuk memberi cabaran kepada jurusolek dan hair stylist di seluruh negara bagi mempamerkan kemahiran mereka walaupun hanya melakukannya dari rumah.

Penyertaan bagi pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan ianya dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap penyertaan. Pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai berjumlah RM5,000 telah disediakan untuk para pemenang. 

Bagi yang berminat untuk menyahut cabaran, anda bolehlah mengisi borang penyertaan menerusi laman web https://form.jotform.com/realbeautysb/real-beauty-unduk-ngadau-2020 dan pendaftaran dibuka mulai 27 April sehingga 10 Mei 2020. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan ke email realbeautysb@gmail.com.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015