Skip to main content

MUIS SABAH PERMUDAH UMAT ISLAM BAYAR ZAKAT FITRAH


Kini umat islam di Sabah boleh menunaikan kewajipan Zakat fitrah secara online. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memperkenalkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian untuk kemudahan umat islam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembayaran zakat boleh dibuat menerusi perkhidmatan sedia ada melalui Maybank, Bank Islam Malaysia Berhad serta Agrobank dan tidak lama lagi bakal disusuli CIMB Bank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam tempo terdekat. Pembayaran dalam talian juga boleh dibuat melalui perkhidmatan 'SnapNPay' dan 'MyeG'.

Pembayaran zakat melalui amil masih diteruskan pada tahun ini namun tertakluk pada ketetapan dan peraturan kesihatan yang digariskan dalam usaha pencegahan jangkitan COVID-19. Antara lokasi yang terlibat adalah di Ibu Pejabat MUIS dan cawangan di Sandakan, Tawau, Beaufort, Keningau dan Kota Marudu. Perkhidmatan pembayaran zakat secara pandu juga disediakan di perkarangan Wisma MUIS bermula 4 Mei 2020.


Kadar zakat fitrah Negeri Sabah bagi tahun 2020 adalah seperti dalam gambar berikut:-


Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara pembayaran, bolehlah layari laman web appszakat.sabah.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015