Skip to main content

-Suratan Loh mahfuz- (Nia/Adenin)

Hairan. Aku tidak pula merasa panik, cuma sedikit tertanya-tanya ke manakah destinasi kami. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut atas kejadian dalam bilik saksi sebentar tadi. Aku hanya duduk mendiamkan diri. Hanya nama Rizal yang bermain-main di fikiranku. Namun perasaanku bertukar menjadi cemas apabila kereta memasuki perkarangan Hospital Seremban. 'Apakah yang sebenarnya telah terjadi kepada Rizal?'  "Mari ikut saya," Ayu berkata kepadaku ringkas. Aku turun dari kerata. Sekali lagi aku hanya menurut. Kami sama-sama melangkah dengan laju. Aku sangat berharap tiada sebarang malapetaka yang menimpa Rizal.

Hatiku mula berdebar apabila kami berjalan menuju ke Wad Kecemasan. Bermacam-macam tanggapan buruk mengenai Rizal bermain-main di kepala. Ayu bertemu dengan beberapa orang lelaki yang berpakaian sut lengkap berwarna hitam. Mereka sudah tentu anggota kumpulan M-tech kerana mereka mempunyai lambang baju yang sama dengan Ayu. Ayu saling bertukar pandangan dengan lelaki-lelaki tersebut dan kemudian mereka semua memandang tepat ke arahku.

Aku bingung. Ayu mendekatiku. "Saya minta maaf, semuanya telah terlambat", suaranya bergetar. "Harap awak kuat dan redha menerima ketentuan Tuhan, Nia," kata Ayu sambil kedua-dua tangannya diletak ke bahuku. Aku bingung. "Mana Rizal?", kubertanya lemah. Ayu mengorak langkah dan aku menurutinya. Langkahku semakin lama semakin berat apabila dari jauh terlihat papan tanda Bilik Mayat. Jangan-jangan Rizal dah... Aku geleng kepala. 

Ayu menolak pintu Bilik Mayat tersebut. Sekujur tubuh sedang terbaring di atas troli sambil diselimuti kain biru. "Rizal telah ditembak ketika dia berada di hentian RnR Seremban. Dia terkena 2 das tembakan, 1 di bahagian lengan manakala yang 1 lagi di bahagian dada. Doktor telah sedaya-upaya cuba mengeluarkan peluru tersebut tetapi Rizal telah kehilangan banyak darah. Dia baru sahaja meninggal dunia setengah jam yang lepas. Kami syaki ini perbuatan PutraCat. Mereka benar-benar mahu menang dalam kes Brij97. Rasanya...", belum sempat Ayu menghabiskan ayatnya, telefon bimbitku berbunyi, aku langsung menjawabnya. "Al-Fatihah untuk arwah Rizal, cik Nia", kedengaran suara lelaki yang agak keras. "Siapa ni?", aku menyoal. "Kau harus gugurkan diri dari kes Brij97, kalau tidak ibubapa kau akan menjadi mangsa yang seterusnya!!!". "Siapa ni?", ku menyoal dengan nada keras. "Ini amaran dari kami! Ingat! Kau harus gugurkan diri dari kes Brij97! Kalau tidak, kau harus tahu siapa akan mati seterusnya!", talian dimatikan.

Telefon yang berada dalam genggamanku terlepas. Mataku mula berkaca. Aku penyebab Rizal menjadi korban? "Siapa yang telefon Nia?", Ayu bertanya. Aku tidak mengendahkan pertanyaannya. Kain biru yang menutupi wajah tubuh kaku itu ku selak. Perlahan-lahan aku membuka mata. Memang Rizal... Dada menjadi sebak. Insan yang aku sayang kini telah pergi selamanya. "Bukalah mata B, Nia datang ni", aku menyentuh pipi Rizal. "Please... Pandanglah Nia buat kali terakhir...", namun tiada respon. Rizal tetap terbaring kaku. "B...", aku mengucup mata Rizal. Aku tidak mampu untuk meneruskan kata-kata lagi. Aku meletakkan tangan Rizal di pipi. Air mata kini mengalir mencurah-curah. Maafkan Nia, B...


Nota: Orang kata, apabila kita kematian insan yang tercinta, separuh jiwa kita pun akan turut mati bersama. Itu orang kata. Saya kata, apabila kita kematian insan yang kita cinta, sentiasalah ingat Allah lebih menyayangi mereka. Selalulah mengingati mereka dalam doa kita. Sedekahkan Al-fatihah selalu. Sedihlah pula episode kali ni kan. Korang layan je kay... zasss!!!!

Al-fatihah (dengan bacaan) disedekahkan kepada kawan saya yang bernama Rizul. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015