Skip to main content

-Tanda tanya- (Nia/Adenin)

Aku merenung ke arah jam tangan yang tersarung di tangan kanan. Waktu sekarang ialah 9.30 pagi. Aku masih lagi berada dalam bilik saksi. Perbicaraan sepatutnya bersidang pada jam 9.00 pagi tadi. Lambatnya waktu berlalu. Suasana dalam bilik saksi ini sepi dan aku hanya ditemani oleh seorang polis yang bertugas. Tertera tag nama di bajunya 'John J. Loco'. Namanya persis mat salleh tetapi berwajah orang tempatan. Dia mungkin berusia dalam lingkungan 20-an, rupanya juga boleh tahan. Aku melihat jarinya, tiada pula cincin yang tersarung. Ku kira dia bmasih bujang, agaknya dia sedang mencari calon yang sesuai. Aku tersenyum nakal, 'nasib baik aq sudah berpunya'. Hari ini Rizal bakal balik dari Singapura. Dia baru sahaja menjalani latihan ketenteraan asas di Basic Military Training Centre dalam pasukan Kestrel Coy Platoon 2. Sudah hampir 4 bulan kami tidak bersua-muka. Hari ini rindu aku pasti terubat. Namun, aku tidak berkesempatan untuk menjemputnya di lapangan terbang kerana terlibat dalam perbicaraan kes Brij97. Aku melihat jam tanganku lagi, 'aishh... Bilalah nak mula ni?'.


Di saat fikiranku menerawang jauh, tiba-tiba, seorang gadis meluru masuk tanpa mengetuk pintu. Dengan segera polis yang bertugas menahannya dari mendekatiku. "Nia Natasha?", bibirnya menyebut namaku. Aku angkat kening dan memandang gadis itu dengan penuh tanda-tanya. "Awak harus ikut saya sekarang, ini berkenaan dengan Rizal Muhamad!". Aku kaget, "Rizal? Awak ni siapa?". "Saya Ayu. Saya merupakan salah seorang anggota M-Tech", gadis itu menunjukkan kad pengenalan dirinya. "Kita harus pergi sekarang sebelum terlambat!", tambahnya lagi. Aku masih lagi kaku di atas kerusi. "Cik, anda harus keluar sekarang! Tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk mengganggu saksi sebelum perbicaraan!", polis itu mengarahkan Ayu keluar. Ayu kemudian mengeluarkan electric shot gun dan mengacukannya tepat di bahagian belakang leher polis tersebut. Polis itu rebah dengan serta-merta. Ayu lalu menarik tanganku dan aku hanya menurut tanpa soal. Kami kemudian menaiki kereta Toyota Hilux berwarna putih. Kereta itu terus meluncur laju. Aku merenung Ayu yang tengah fokus memandu. Apa yang telah terjadi dengan Rizal?

Comments

  1. Makin suspen, aku suka, haha... Aku kenal 2 c Ayu, hahaha... ;p

    ReplyDelete
  2. laaa... nk jadi watak utama... huhu

    ReplyDelete
  3. Aimi, yezza... kan aq ckap aq msukkan ko dalam story ne...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015