"Nia... Bangun Nia..", terasa bahuku digoncang perlahan-lahan. Dengan sepenuh kudrat aku cuba untuk membuka mata. Samar-samar kelihatan satu wajah yang memang memandang tepat ke mataku. "Morning sayang", dahiku dikucup manja. "Sayang?", aku cuba bangun tetapi kepalaku terasa berat sangat. "Sayang, sarapan pagi ada kat dapur okay", aku masih lagi tidak mampu menjawab kerana terlalu lemah. Aku mencuba duduk bersandar tapi gagal. Rizal sedang menyangkut baju-bajuku ke dalam almari. 'Malunya, baju dah siap basuh penuh sebakul belum berkemas', bentakku di dalam hati. Aku hanya mampu membiarkan Rizal mengemasnya sendiri. Selepas seketika, dia datang dan menekap tangannya ke dahiku. "Sayang demam lagi ni, kesian... Sayang rehat, sesudah sarapan, jangan lupa makan ubat k," tanganya mengusap-usap pipiku. Aku mengangguk perlahan. Rizal menguis pipiku kemudian berlalu pergi. Bantal busuk yang aku panggil mimi, dipeluk kemas. Wangian Swiss Army kini memenuhi ruang kamarku. Aku hanyut. I love you so much Rizal.
Nota: Perfume Swiss Army ni bau die MAN sangat. Favorite perfume lecturer matrikulasi sis dulu. |
comel nama bantal busuk tuuuuuuuu...
ReplyDeleteSee, kan aq ckap aq msuk kan ko sbgai watak sampingan... jdi bantal, ahaha...
ReplyDelete