Skip to main content

-Titik permulaan- (Nia/Adenin)

Aku merenung tepat gambar mama dan papa yang berada dalam genggamanku. Air mata yg tadi berderai laju sudah kian surut. Kematian Rizal adalah amaran pertama untuk aku supaya jangan lagi melibatkan diri dengan kes Brij97... Kenapa Rizal yang perlu menjadi korban? Kenapa? Air mataku mengalir lagi. Ces... Bedebah kalian semua, aku menghentak tanganku ke meja berulangkali. BEDEBAH!!! Aku mula menangis teresak-esak. "Sa...sayang...", suara aku tersekat. Aku menutup mata, terimbau kembali saat-saat manis aku bersama Rizal. Hati aku terasa pedih yang teramat, nafasku juga tersekat-sekat menahan sebak. Perlahan-lahan aku menuju ke meja yang terletak bersebelahan dengan tingkap. Aku tunduk lalu menarik laci yang kedua. Aku mencari-cari pemetik api di sebalik timbunan kertas-kertas lama. Jumpa. Pemetik api dinyalakan dan aku tenung sedalam-dalamnya gambar kedua orang tuaku. Perlahan-lahan api menjilat gambar tersebut dan tidak sampai 5 minit, ianya telah bertukar menjadi debu. Selamat tinggal papa, selamat tinggal mama. Aku kini yatim piatu. Nama aku bukan lagi Nia Natasha tapi Adenin. Aku telah diberi identiti baru dari pangkalan M-tech untuk melindungi keselamatan aku dan orang-orang yang terdekat denganku. Gabenor B memilih nama itu khas utk aku. "Adenin means heaven, Nia. You should like the name", kata-kata Gabenor B terngiang-ngiang di benak. Dengan keadaan aku sekarang, rasa heaven la sangat kan. Aku senyum kelat. Angin dari luar tingkap menyapa tubuhku membuatkan tali halus baju tidur hitamku terjatuh ke sisi bahuku. Aku memilih untuk membiarkannya.  Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk keras... Aku tergamam seketika lalu melihat jam di meja solek, 01:15 pagi. Siapakah yang datang pada waktu sebegini?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015