Skip to main content

#2 Saya bukan orang yang anti perokok


Saya mengaku saya tak suka kepada orang yang merokok tak kira lelaki atau perempuan, lagi-lagi kalau mereka merokok lepas tu hembus asap rokok dekat muka saya. Saya tak suka sebab nanti rambut dan baju saya berbau rokok. Sebab lain juga bila orang merokok depan saya, orang itu membahayakan kesihatan saya. Akan tetapi setiap kali orang merokok depan saya, saya tidak berani nak tegur suruh merokok jauh-jauh. Kalau saya boleh jauhkan diri dari orang tersebut, tidak mengapa, saya akan berbuat demikian. Inin, tengah buat perbincangan, orang tu boleh pula dengan selamba badak merokok depan saya siap hembuskan asap dekat muka. Memang rasa nak mengamuk tetapi saya tak pula mengamuk sebab kononnya nak jadi profesional kan. Why zila? Kenapa ko tak cakap je dekat orang tu, sila merokok dekat luar. Grrr.... Kalau orang nak merokok, saya tak kisah, orang tu merokoklah tetapi please saya mohon supaya orang tu merokok jauh dari saya. Kalau dekat kedai yang kena tampal sign jangan merokok, janganlah gatal-gatal pergi merokok dalam kedai tu, tak kiralah rokok ori atau rokok elektronik. Hormatlah owner restoran tersebut dan orang yang tengah makan di sekitar anda. Kalau di sekitar anda ada bayi atau budak kecil, sila jangan merokok depan diorang, kerana asap rokok adalah tidak elok untuk kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, kalau anda seorang perokok tidak bermakna saya tidak ingin berkawan dengan anda atau menjauhkan diri dari anda. Saya menilai seorang untuk menjadi kawan saya bukan dari orang tu merokok atau tidak tetapi sdari sikap orang tersebut. 

Ps: Rasa nak karate-karate je orang yang merokok lepas tu hembus asap dekat muka saya. Maaf, saya tengah emosi. Lagu di bawah, saya tujukan kepada semua perokok tegar di luar sana. Jangan kecil hati dengan dengan post saya. Peace~ 


 
Princess Chelsea - The Cigarette Duet

 
The Cigarette Duet Versi Saya


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015