Skip to main content

#1 Saya seorang yang suka pendam perasaan

Ini merupakan surat pertama untuk diri sendiri sebagai proses untuk berubah menjadi seorang yang berani. Berani untuk menyuarakan pendapat sendiri, berani untuk meluahkan perasaan sendiri dan berani untuk mengekspresikan diri supaya lepas ni tak mahulah asyik pendam-pendam perasaan. Saya mengaku saya seorang yang sering memendam perasaan gara-gara nak jaga hati dan perasaan orang lain. Tetapi, bila saya dah tak tahan kerana perasaan-perasaan yang terbuku dalam hati dah membuak-buak nak keluar, saya pun luahlah apa yang saya rasa dekat orang yang berkenaan (orang yang pada awalnya saya nak jaga perasaan diorang). Akibatnya, diorang pun terluka dan sakit hati dengan saya kerana tidak berterus-terang dari awal. Jadi macam pointless pula niat saya nak jaga hati orang sebab hujung-hujung saya sakitkan hati diorang lagi teruk. Lepas tu saya sedar, kalau tak puas hati, tidak setuju dengan apa yang orang buat dekat kita, kita kena cakap dekat diorang supaya diorang sedar dan diorang tahu apa yang kita rasa dari awal. Jangan tunggu sampai tak tahan baru nak cakap kerana dikhuatiri penggunaan kosa kata yang tak berhemah (sebab emosikan tengah panas) bakal mengguris hati seorang manusia. Bak kata orang, lidah lagi tajam dari mata pisau. Jadi, dengan menulis surat kepada diri sendiri, saya dapat melatih diri untuk meluahkan perasaan dan maybe boleh diinterpretasikan ke dunia sebenar bila saya berhadapan dengan orang. Baiklah, itu sahaja untuk post kali ini. Selamat malam.

Love, A.A

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015