Tahukah anda, kasut boleh dijadikan sebagai inspirasi atau motivasi dalam hidup kita. Dalam post ini, saya akan sertakan 5 petikan (quotes) mengenai kasut untuk anda semua sebagai renungan kita bersama.
"I still have my feet on the ground, i just wear better shoes." - Oprah Winfrey
"Kaki saya masih lagi berdiri di atas tanah, saya hanya memakai kasut yang lebih baik". Petikan ini menyatakan bahawa, walaupun seseorang itu telah berjaya atau telah menjadi kaya-raya, dia masih mengekalkan sikap merendah diri dan tidak lupa akan asal usulnya. Apa yang berbeza hanya pada luarannya sahaja dan dia masih lagi individu yang sama seperti sebelumnya.
5 petikan sudah cukup untuk menyatakan pengaruh kasuh dalam kehidupan kita. Jadi lepas ni, anda bolehlah renung kasut anda lama-lama dan siapa tahu anda juga mendapat inspirasi untuk menghasilkan petikan-petikan yang menarik kannn... Hehe...
"For women, shoes are the most important. Good shoes take you to good places." - Seo Min Hyun"Bagi wanita, kasut adalah yang paling penting. Kasut yang baik akan membawa anda ke tempat-tempat yang baik". Petikan ini adalah berasal dari dialog drama korea "Boys over flower". Kasut diibaratkan sebagai semangat, keazaman dan niat seseorang. Jikalau seseorang itu mempunyai semangat, keazaman dan niat yang baik dalam hidup, maka ia akan membuat seseorang itu menjadi lebih positif. Apa sahaja yang dilakukannya pasti membuahkan hasil yang baik dan setiap tempat yang dituju pasti memberi tuah kepada individu tersebut.
"There's a shoe size for everyone in life, trust and believe you will find your pair." - Anonymous"Ada saiz yang sesuai untuk semua orang, percayalah anda pasti akan menemui pasangan kasut untuk anda". Petikan ini sangat sesuai untuk memerikan motivasi kepada individu yang berputus asa dalam mencari pasangan hidupnya. Setiap individu mempunyai kaki yang berbeza dan setiap kasut diciptakan untuk memenuhi keperluan setiap saiz kaki. Jadi anda tidak perlu risau untuk mencari kasut yang menepati citarasa dan saiz kaki anda.
"Cinderella is a proof that a pair of shoes can change your life. " - Anonymous"Cinderella adalah bukti bahawa sepasang kasut boleh mengubah hidup anda". Siapa tak kenal Cinderella, seorang anak tiri malang yang akhirnya mengahwini seorang putera raja dan hidup di istana. Dalam petikan itu, kasut diibaratkan sebagai batu loncatan dan tuah. Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan peluang sebagai batu loncatan. Kalau anda bertuah anda pasti dapat memperoleh kejayaan yang anda inginkan. Tetapi apa-apa pun semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Yang penting, anda perlu bijak untuk menggunakan peluang yang ada.
"Give a girl the right shoes, and she can conquer the world." - Marilyn Monroe"Berikan gadis kasut yang tepat, dan dia pasti mampu menakluki dunia". Marilyn Monroe merupakan antara selebriti mempunyai wajah yang menawan dan bijak berkata-kata. Petikan yang keluar dari mulut beliau menunjukkan bahawa semua gadis suka pada kasut. Para gadis menyukai kasut yang membuat mereka nampak menarik. Apabila mereka tampak menarik, ini sekaligus menaikkan tahap keyakinan mereka. Dengan keyakinan yang tinggi, mana-mana gadis mampu melakukan apa yang mereka inginkan kerana mereka yakin dan percaya pada diri mereka.
5 petikan sudah cukup untuk menyatakan pengaruh kasuh dalam kehidupan kita. Jadi lepas ni, anda bolehlah renung kasut anda lama-lama dan siapa tahu anda juga mendapat inspirasi untuk menghasilkan petikan-petikan yang menarik kannn... Hehe...
Haha, ini memang betulkan... |
Kasut yg aritu mana sda? ;) (b)
ReplyDeletehaha, igtkn nak promote kasut td...
ReplyDeletehttp://rarebyrara.blogspot.com/2013/06/13-hello-our-instag-winner.html
ReplyDelete