Skip to main content

5 Perkara menarik Filem Badges of Fury



Filem baru arahan Wang Zi Ming iaitu filem Badges of Fury merupakan filem ketiga gandingan pelakon aksi veteran, Jet Li dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Wen Zhang. Ia merupakan filem aksi komedi yang sangat menghiburkan. Terima kasih kepada Erakk.fm kerana memberi saya peluang menonton filem ini dengan memberi saya 4 tiket percuma semalam. Dengan itu saya ingin senaraikan 5 perkara menarik mengenai filem ini sebagai review pendek untuk anda.

#1 Lelaki seksi pakai skirt

Pernah tengok lelaki sejati dan lurus nampak seksi pakai skirt pendek? Jarangkan. Selalu kalau yang pakai macam tu mak-mak nyah semuanya, hehe.  Dahlah pakai skirt pendek, boleh berlawan  dan kejar penjenayah, siap terbang-terbang lagi. Anda pasti suka melihat scene si polis berskirt pendek berlawan dengan penjenayah.

#2 Mati katak mayat tersenyum

Dalam filem ni, mereka tengah menyiasat kes kematian misteri beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan. Ini kerana semua mayat yang ditemui mati dalam keadaan tersenyum. Adakah anda tahu di mana titik refleks pada badan kalau ditekan akan membuatkan kita tersenyum secara spontan? Mesti tak tahu kan... Jadi kena tengok filem ni kalau nak tahu. 

#3 Banyak sangat scene cermin pecah 

Banyak scene fighting atau kejar-mengejar, kita boleh lihat cermin kereta, cermin bas, cermin rumah dan apa-apa sahaja cermin yang ada pecah dengan senang. Kepala terhantuk tingkap rumah, pecah terus. Punggung terlanggar cermin kereta, pecah terus. Omaigad!!! Maybe badan dan kepala diorang ni dibuat daripada batu kot ataupun kualiti cermin diorang memang zero. hehe, made in China kan, what do you expect? keh keh keh. Just kidding.

#4 Nasi lemak terbaik dari ladang

Kalau sebut nasi lemak, korang akan fikir apa? (Hint - Bukan makanan, lol). Dalam filem ni, yang lelaki pasti akan suka. Nasi lemak bukan sebarang nasi lemak. Nasi lemak ekstra sambal ekstra lemak, keh keh keh. Saya yang perempuan pun tergamam tengok, apa lagi lelaki. Ahaha, korang pergilah tengok sendiri filem ni kalau nak tahu. 

Nyum nyum nasi lemak, eh?

#5 Penjahat dalam filem Kung Fu Hustle pun ada

Ingat tak si penjahat dengan kung fu katak dalam filem Kung Fu Hustle? Yes, dia pun jadi penjahat juga. Tapi dalam filem ni dia pakai kung fu ular. Tak hebat pun sebab at the end dia kalah juga. 

Cukuplah, itu sahaja dari saya. Kalau saya cerita semua nanti tak best lah sebab korang dah tahu jalan cerita. Pergilah tengok filem ni kalau anda sukakan filem hiburan yang santai. Lepas tu, bantailah gelak-gelak kat panggung. Daa... 

Thank You Era Kk, muah muah

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015