Skip to main content

MOHON KERJA KERAJAAN DENGAN SPA9


Bermula 28 September 2020, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melancarkan Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9) bagi menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).


Untuk makluman anda, sekirannya sebelum ini anda sudah membuat pendaftaran permohonan kerja melalui sistem SPA8i, anda tidak perlu lagi membuat sebarang pendaftaran baru untuk sistem SPA9 ini.

Anda boleh terus menggunakan SPA9 untuk semak status permohonan kerja terkini dan membuat permohonan kerja baru. Segala data anda di dalam SPA8i seperti maklumat peribadi, permohonan kerja dan sebagainya tidak akan terjejas.

Bagi anda yang ingin memohon kerja tetapi belum pernah membuat pendaftaran di SPA8i, anda perlu membuat pendaftaran baru melalui SPA9.


Berikut merupakan cara pendaftaran masuk ke dalam SPA9:-

Langkah 1 : Layari Portal Rasmi SPA9 https://spa9.spa.gov.my/


Langkah 2 : Klik "Pendaftaran Pengguna"


Langkah 3 : Lengkapkan maklumat pada borang dan klik 
"daftar"


Sebarang maklumat lanjut anda boleh menghubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/


Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015