Skip to main content

AWAS, ELAK JADI MANGSA MACAU SCAM!


Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita penangkapan beberapa individu termasuk mereka yang bergelar Datuk dan Datin kerana disyaki merupakan dalang disebalik Macau Scam. Difahamkan juga, terdapat diantara individu tersebut yang berselindung dengan menggunakan perniagaan beberapa selebriti tempatan untuk mencuci duit mereka. Lebih memeranjatkan lagi, dua Pegawai Polis turut ditahan kerana dipercayai turut terlibat dengan sindiket Macau Scam tersebut.


Apakah itu Macau Scam?

Macau Scam adalah sindiket penipuan di mana sebuah panggilan akan dibuat secara rambang kepada bakal mangsa. Panggilan ini bertujuan untuk memeperdaya mangsa yang akhirnya akan kerugian berjumlah ribuan ringgit. Selain panggilan telefon, sindiket ini juga akan menghantar mesej ataupun emel untuk memancing bakal mangsa.

Tidak jelas mengapa sindiket penipuan sebegini dipanggil Macau Scam namun banyak pihak yang mengatakan terdapat dua teori di sebalik nama tersebut iaitu:-

#1 Sindiket penipuan ini pertama kali dikesan di Macau

#2 Mangsa pertama yang terpedaya dengan sindiket penipuan ini adalah orang Macau

Berikut merupakan contoh modus operandi bagi Macau Scam:-

Cabutan Bertuah (Lucky Draw)

  • Mangsa akan menerima mesej yang mengatakan dia telah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah. 
  • Apabila mangsa klik pautan pada mesej tersebut, secara automatik mangsa disambungkan kepada satu individu di dalam aplikasi WhatsApp.
  • Bagi membolehkan mangsa untuk menuntut hadiah cabutan, individu tersebut akan meminta mangsa untuk membekalkan maklumat peribadi termasuklah maklumat nombor akaun bank dan kata laluan perbankan.
  • Mangsa seterusnya akan menerima beberapa siri nombor TAC (Transaction Authorization Code) dan telah menyerahkan nombor TAC tersebut kepada individu terbabit.
  • Mangsa tidak menyedari telah ditipu dan duit di dalam akaun banknya telah pun dipindah keluar.
  • Sindiket ini sering menggunakan nama platform membeli-belah atas talian seperti Zalora, Lazada, Shoppe dsb untuk memperdaya mangsa.

Menyamar Sebagai Pegawai Kerajaan (Polis/SPRM) atau Pegawai Bank

  • Mangsa mendapat panggilan telefon daripada Pegawai Bank memaklumkan kad debit/ kreditnya telah digunakan untuk pembelian di sebuah pusat beli-belah.
  • Mangsa menafikan ada membuat pembelian atau menafikan mempunyai sebarang kad kredit di bank terlibat. 
  • Sindiket yang menyamar sebagai Pegawai Bank berjanji akan berhubung dengan BNM (Bank Negara Malaysia) mengenai masalah tersebut
  • Beberapa minit kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai Pegawai daripada BNM dan akan meminta semua maklumat peribadi mangsa.
  • Bagi menyekat kad supaya tidak disalahguna, mangsa akan diarahkan pergi ke mesin ATM. Apabila tiba di ATM, mangsa sekali lagi akan menerima panggilan telefon yang memberikan arahan sehingga transaksi selesai
  • Mangsa hanya menyedari ditipu setelah transaksi selesai dan telahpun membuat pemindahan wang kepada akauan pihak ketiga.


Muat Turun Aplikasi 

Selain itu, taktik terbaru memperdaya mangsa adalah dengan memuat turun aplikasi yang kononnya milik BNM iaitu bnmsafe (8002). Melalui aplikasi ini, mangsa akan memasukkan maklumat peribadi dan perbankan. Setelah memperolehi maklumat mangsa, sindiket akan memindahkan wang ke akaun pihak ketiga setelah mangsa memberikan TAC kepada sindiket. Sebaik sahaja proses pemindahan wang selesai, mangsa diarahkan supaya membatalkan dokumen yang diisi pada aplikasi berkenaan sebelum menyedari wang dalam akaun telah hilang.


Betapa ramainya individu dari latar belakang yang pelbagai telah menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam ini. Ribuan malah jutaan ringgit wang simpanan lesap akan kecuaian sendiri.

Oleh itu, untuk mengelak dari menjadi mangsa Macau Scam, jangan sekali-kali:-

# Melayan panggilan, mesej atau emel dari individu atau entiti yang tidak dikenali,

# Mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat perbankan kepada mereka

# Berkongsi nombor TAC atau kod pengesahan transaksi dengan sesiapa pun


Nota:

Sis tidak rasa kasihan langsung melihat individu yang berbaju jingga ditahan SPRM baru-baru ini. Jika benar mereka bersalah, mohon dihukum dengan setimpalnya. Kasihan dengan mangsa yang kehilangan duit simpanan ribuan ringgit sedangkan mereka berjoli sakan party, bershopping barang-barang branded dan melancong sana sini. 


Sebagai rujukan, berikut merupakan antara kes penipuan Macau Scam yang berlaku pada tahun 2020:-

1. Harian Metro - Pegawai Bank Rugi Hampir 2 Juta

2. Harian Metro - Guru Rugi RM113 Juta Ditipu Macam Scam

3. Sinar Harian - Pelajar Kolej Rugi RM39897 Ditipu Sindiket Cabutan Bertuah

4. Berita Harian - Wanita Rugi Lebih RM100,000 Ditipu Macau Scam

5. Malaysia Kini - Muat Turun Aplikasi Yang Dihantar Sindiket, 6 Individu Berputih Mata Kehilangan Wang

6. Berita Harian - Bakal Pengantin Kerugian RM480,000 Ditipu Macau Scam



Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015