Skip to main content

ANTARA KASIH SAYANG, KEKAYAAN DAN KEJAYAAN


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan.
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya. Dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya.
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan.
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab, "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!

Dicatat oleh IBNU MUSLIM | Kredit: Majlis Ilmu

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh...

7 LAMAN WEB ONLINE SHOPPING PAKAIAN KANAK-KANAK YANG PERLU ANDA LAWATI

Anda ingin mengayakan anak-anak anda dengan pakaian trend terkini, namun anda tidak tahu dimana untuk mendapatkan pakaian yang memenuhi citarasa mereka? Ada banyak laman web shopping online pakaian kanak-kanak yang popular di Malaysia ini. EVERMINE Evermine menampilkan koleksi pakaian kanak-kanak yang direka secara teliti dengan mempertimbangkan kualiti dan keselesaan. Perhatian lebih diberi kepada perinciaan rekaan yang membuatkan setiap rekaan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.  Laman Web: Evermine Malaysia KENIT KID Kenit Kid merupakan koleksi pakaian yang direka oleh seorang ibu yang kreatif dengan menggabungkan gaya yang tidak lapuk dek zaman dan kain yang berkualiti. Menjadikan lima orang anaknya sebagai sumber inspirasi terbesar, pereka ini juga turut menggabungkan minatnya kepada seni fesyen kepada semua perkara yang disukai dan diinginkan oleh anaknya. Kenit Kid percaya semua kanak-kanak haruslah berpakaian kemas, sesuai d...

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆