Skip to main content

-Lighter perak- (Nia/Adenin)

Malam itu, aku sukar untuk melelapkan mata. Masih lagi dalam mood berjaga-jaga gara-gara penceroboh bertopeng yang datang sebentar tadi. Aku telah memastikan pintu dan semua tingkap terkunci rapat. Perasaan risau kini bersarang di hati. Kau sendiri pilih jalan ni Adenin, kau sendiri pilih untuk menyertai misi ini. Aku merebahkan badan ke atas katil. Merenung kosong ke arah dinding untuk seketika lalu tangan kiri ku mencapai telefon bimbit yang berada di sebelah bantal. Membuka galeri muzik dan memilih lagu "Will you still love me tomorrow" nyanyian Amy Winehouse. Kedengaran petikan gitar di awal lagu dan sayup-sayup suara Amy mula menusuk ke telingaku.



* * * * * * *


Aku melirik jam tangan. Argh, 15 minit lewat! "Maaf, Nia terlewat", aku senyum lalu melabuhkan punggung di sebelah Rizal. Rizal hanya diam. Dia mengeluarkan kotak rokok jenama Salem dari poket seluar. Beberapa kali Rizal mencuba untuk menghidupkan lighternya. Setelah berjaya, dia menyedut rokok di bibirnya lalu menghembuskan asap jauh dariku. Dia tahu aku tidak gemar dengan asap rokok. "Kenapa lambat?", Rizal bertanya ringkas. "Tadi latihan habis lambat, sorry", aku menundukkan muka. "Hey", Rizal mencuit bahuku, "Zal tak marah, okay? Now, smile for me, its my birthday, remember?".  Aku tersenyum malu. "Nah, selamat hari jadi!", aku menghulurkan lighter berwarna perak kepada Rizal. Dia tergelak besar. "Thanks tapi bukan Nia tak suka Zal smoking?". "A-ah, memang tak suka", aku mencebik. "But I really hope you will like my gift sayang...", aku senyum teruja. "Apa? Nia panggil Rizal apa? Sayang?". Rizal memandang aku dan aku pula melarikan pandangan ke tempat lain kemudian berpura-pura menikmati keindahan tasik. Aku dapat merasakan pipiku merah padam menahan malu. Kami bedua hanya berdiam diri. Janggal. Setelah beberapa ketika, aku memalingkan semula muka memandang Rizal, "Can I call you sayang?". Rizal terbatuk tatkala mendengarnya dan aku hanya tersenyum nakal.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Kepada anda yang baru sahaja bergelar penjawat awam, anda pasti akan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk sah dalam jawatan. Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lulus dalam peperiksaan ini. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Sebelum peperiksaan, anda perlulah mendaftar di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di link berikut ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/ ) Jangan lupa untuk cetak slip peperiksaan dan dibawa semasa hari peperiksaan. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 1. Anda perlulah memuat turun sukatan peperiksaan di laman web JPA. Sila klik pada gambar berikut:- 2. Dapatkan buku rujukan yang bersesuaian dengan sukatan peperiksaan anda. Untuk perkongsian ini, saya mengambil contoh bagi perkhidmatan gred 29 dan ke atas. Sukatan peperiksaan adalah merangkumi Bahagian A - Subjek Umum dan Bahagian B - Perlembagaan dan Undang-Undang Am. Anda tidak perlu risau kerana peperiksaan ini adalah berkonsepkan open book , anda boleh

Say Hi To Baby Aloe

  Pagi ni datang office, kakak cleaner yang selalu datang bersihkan bilik bawakan aloevera plant. Alolo, comel ja tengok kakak ni terkedek-kedek bawa pasu warna turqoise. Terima kasih kak. Mudah-mudahan dia hidup lama la sebab ikut pengalaman sis, penah ada pokok cactus, dalam sebulan ja tahan pastu pergi menghadap ilahi. Adui~ Lets pray for baby aloe k gais~ 😆😆😆

RINDU YANG PALING BERAT

  Selepas 5 tahun, terasa seperti baru semalam bersua...  Tangan ku salam sebelum berangkat semula ke Sandakan...  Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan seorang Ayah seperti dia... Walau hanya untuk seketika tapi aku bahagia... Alhamdulillah... Im just a little girl who misses her dad ♥️ 19.10.2015